Berita

GV 3: Rem Makan Sekali Sehari Untuk Kekal Berat Badan Ideal

gempak
Ahmad Shah
14/10/2016
03:12 MYT
Sponsor Banner
GV 3: Rem Makan Sekali Sehari Untuk Kekal Berat Badan Ideal
Peserta GegarVaganza 3 (GV3), Rem atau nama sebenar Ramzani Kassim amalkan makan sehari sekali untuk mengekalkan berat badan ideal, iaitu sekitar 60 kilogram (kg) hingga 65kg.
Untuk mencapai sasaran itu, Rem hanya makan sedikit saja nasi dan selebihnya adalah lauk yang bersesuaian dengan dietnya.
“Ada satu ketika, berat badan saya pernah mencecah 73kg dan itu telah menampakkan saya gemuk dan sangat berisi.
“Saya ini mempunyai susuk tubuh yang rendah, jadi apabila berat badan bertambah saya akan kelihatan pelik.
"Selain kurangkan makan nasi, saya lebihkan makan roti di sebelah malam supaya sebelum tidur itu tidak terlalu
“Jadi kalau makan, saya akan pastikan makan tidak sampai kenyang sekadar cukup untuk memberikan tenaga dalam badan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pengenalan Peserta GegarVaganza Musim Ketiga di Trec, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Tambah Rem lagi, sebagai persediaan untuk menghadapi Konsert GV3 Ahad ini, dia turut mengamalkan senaman seperti jogging untuk mengekalkan stamina.
“Saya kalau berjogging suka pada sebelah petang, kerana cuaca ketika itu tidak panas sangat.
“Awal pagi saya tidak berapa gemar kerana agak sejuk, untuk GV3 ini apa yang saya doakan agar diberikan kesihatan yang baik dan bertawakal kepada Allah,” ujarnya.
GV3 masih mengekalkan pelawak Jihan Muse dan Nabil Ahmad sebagai pengacara serta Ramli MS dan Khatijah Ibrahim juga masih kekal dikerusi pengkritik tetap.
Untuk melihat kehebatan dan merasai kemeriahan GV3, Siaran Langsung akan diadakan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bermula 16 Oktober ini, pukul 9.00 malam.
Siaran langsung GV3 juga boleh ditonton menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123)
Teks Oleh Mohd Ishahrulddin Tahir
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live