Skip to main content

Selebriti

GV Fantasia: Nyanyian Bersahaja Tetapi Menusuk Hati, Aina Abdul Gembira Farah AF2 Terpilih Bagi ‘Hot Seat’ - “Saya Minat Gila…”

GV Fantasia: Nyanyian Bersahaja Tetapi Menusuk Hati, Aina Abdul Gembira Farah AF2 Terpilih Bagi ‘Hot Seat’ - “Saya Minat Gila…”

Sekilas

  • Aina Abdul meluahkan kegembiraan dan mendoakan kejayaan Farah AF2 yang berjaya ke pentas Gegar Vaganza Fantasia (GVF) melalui slot Hot Seat.
  • Aina mengakui minatnya terhadap Farah sejak dahulu dan memuji persembahan Farah yang menyentuh hati menerusi lagu Tangisan Dalam Kerinduan.
  • GV Fantasia musim ini menampilkan juara dan alumni Akademi Fantasia dengan hos Nabil Ahmad, Jihan Muse, dan Sherry Al-Hadad, serta juri Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang, dan Datuk Syafinaz Selamat.
Advertisement

Penyanyi, Aina Abdul meluahkan rasa gembira apabila penyanyi, Farah AF2 berjaya melayakkan diri ke pentas Gegar Vaganza Fantasia (GVF) menerusi pengumuman pengisian slot Hot Seat bagi program berkenaan.

Menerusi perkongsian di Threads, Aina turut mendoakan agar perjalanan Farah dalam program tersebut dipermudahkan dan dipenuhi perkara yang baik.

Advertisement

“Ya Allah, kak Farah. Saya sangat gembira dengan berita ini. Goodluck kakakku. Semoga perjalanan awak akan manis-manis sahaja. Kami doakan,” tulisnya.

Menurut Aina, dia amat meminati Farah sejak dahulu lagi, malah persembahan Farah menerusi lagu Tangisan Dalam Kerinduan di program berkenaan turut menarik perhatiannya kerana nyanyian penyanyi itu yang bersahaja berjaya menyentuh hati.

“Saya minat gila dengan Farah breep breep dulu dan selamanya. Lagu ini, saya tak bolehlah. Nyanyianmu yang bersahaja memang sampai ke hati,” ujarnya.

Advertisement

Untuk info, GV Fantasia musim ini menampilkan barisan juara serta alumni program Akademi Fantasia termasuk Mawi, Vince, Faizal, Shahir, Mila Jirin, Stacy, Zahid, Faizul Sany dan Firman Bansir.

Menambahkan lagi keterujaan musim ini, GV13 dikendalikan oleh trio hos kegemaran ramai iaitu Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Al-Hadad.

Sementara itu, barisan juri masih mengekalkan tiga nama besar yang cukup dihormati dalam industri muzik iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.

CelcomDigi pula merupakan penaja rasmi Gegar Vaganza Fantasia.

Berlangsung selama 11 minggu, GV13 bersiaran setiap Ahad, pukul 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam.

Program ini juga boleh distrim menerusi perkhidmatan On Demand di aplikasi Astro GO dan Sooka.

Anda mungkin berminat dengan

C-MALL 260ML Shoes deodorant spray/Men Women Spray Deodorant /鞋子除臭喷雾

C-MALL 260ML Shoes deodorant spray/Men Women Spray Deodorant /鞋子除臭喷雾

MIG Premium 200gsm Technology Cotton Comfortable Round Neck Lengen Pendek Oversized Plain T shirt

MIG Premium 200gsm Technology Cotton Comfortable Round Neck Lengen Pendek Oversized Plain T shirt

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Bracelet Bulu/Gila-Gila/Papan Pasir Kikir/PaperClip (1 Pc)

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Bracelet Bulu/Gila-Gila/Papan Pasir Kikir/PaperClip (1 Pc)

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

Plain t shirt men & women 100% premium cotton unisex round neck baju t shirt lelaki prempuan

Plain t shirt men & women 100% premium cotton unisex round neck baju t shirt lelaki prempuan

CAMEL CROWN Men's Sports Casual Shoes Breathable Soft Sole Shock Absorption

CAMEL CROWN Men's Sports Casual Shoes Breathable Soft Sole Shock Absorption

Must Watch Video

Advertisement