,
Berita

GV3: Intan Sarafina Bahagi Masa Jaga Anak Bersama Suami

Mya Amri
24/11/2016
10:44 MYT
Bintang GegarVaganza 3 (GV 3), Intan Sarafina akui bergilir-gilir menjaga tiga orang anak lelakinya bersama suami, Iskandar Ezzahuddin sepanjang berada di dalam program tersebut.
“Tidak dinafikan lepas masuk GV3 ini memang agak terkejar-kejar juga antara anak dan kerjaya, tapi apa yang boleh saya katakan ini adalah rezeki anak-anak.
“Memang ada pembantu yang jaga anak-anak tapi selagi boleh uruskan sendiri, rasanya lebih baik kan?
“Jadi apa yang saya lakukan ialah bahagikan masa antara kami berdua, sebagai contoh jika saya ada kerja atau sesi latihan, suami akan tolong jaga dan begitulah sebaliknya.
“Lagipun saya tinggal dengan keluarga mertua, kalau kami berdua sibuk adalah jugalah keluarga yang boleh tolong tengokkan mereka,” katanya kepada Astro Gempak.
Dalam pada itu mengulas mengenai anak-anaknya Megat Evan,7, Megat Israfel, 5, dan Megat Noah, 2, Intan berkata mereka bertiga membesar dengan baik selain semakin lasak.
“Anak paling besar dah nak masuk tujuh tahun dan dia pun dah mula faham apa kerjaya saya.
“Biasalah anak sedang membesar dan semuanya lelaki maunya tak penat. Kadang-kadang memang pening kepala dibuatnya melayan karenah mereka.
“Anak-anak saya pula jenis aktif dan lasak, itulah antara penyumbang utama kenapa saya kekal kurus begini,” ujarnya berseloroh.
GV 3 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA pada setiap Ahad, pukul 9 malam serta boleh ditonton di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).
Jika anda terlepas menonton konsert minggu GV 3 atau ingin menonton secara 'live streaming', klik ---> GegarVaganza.
Teks oleh: Mya Amri
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Intan Sarafina Kembali Buka Tudung? Tayang Gambar Free Hair Di Instagram

gempak
25/04/2023
04:50 MYT
Doa yang baik-baik.
Laman Utama

Intan Sarafina Mula Berhijab

gempak
31/01/2021
09:25 MYT
cantiknyaaa Intan
Hiburan

Menangis Sebab Komen Negatif, Suami Nasihat Tak Payah Baca – Intan Sarafina

gempak
23/08/2017
10:23 MYT
Hiburan

Tampil Single Baru Jika Aku Untukmu, Intan Akui Gementar Tunggu Reaksi Peminat

gempak
07/08/2017
05:47 MYT
Berita

Rakam 3 Lagu, Intan Sarafina Mahu Tampil Dengan Album Baru

gempak
13/06/2017
10:33 MYT