Berita
GV5: "Komen Negatif Kalau Dibaca Sekali Imbas... Memang Pedih!" - Dikritik Suara Tak Sedap, Izzue Islam Tak Terasa Hati
Anggota kumpulan Forteen, Izzue Islam tidak terasa hati apabila ada netizen yang mengkritik persembahan vokalnya dalam Gegar Vaganza musim kelima (GV5).
Menyedari perkara tersebut, Izzue mengakui dia mengambil komen negatif sebagai satu cabaran untuk memperbaiki diri.
Akak antara satu orang yg suka suara pokjue tu...100 orang yg cakap tak sedap tu lantak pi lah depa? @IzzueIslam ?#ForteenGV5 #GegarVaganza pic.twitter.com/M3PIzUHkwj— Naz (@nazelinarahim) October 29, 2018
Izzue islam memang la suara tak sedap. Hahahaha lebih kepada jual rupa je la dia dalam forteen tu— Padil (@Faadhilabdullah) October 28, 2018
izzue islam ni macam tak menyumbang pape pun dalam group tu . takda dengar suara langsung ?— Nurul? (@nzahirahzaidi) October 21, 2018
"Saya sedar dari dulu lagi. Berbanding anggota kumpulan lain, saya mempunyai banyak kekurangan. Tetapi, setiap orang ada kelebihan masing-masing.Betul lah tweet org tu . Izzue islam mcm tak ada fungsi . Suara dia tak sedap ?— Sh Fazira (@faziraalidrus) October 28, 2018
"Kami sudah tertubuh selama tujuh tahun dan sudah mendengar kritikan terbabit semenjak awal penubuhan Forteen. Saya sendiri sedar yang saya harus banyak memperbaiki diri dan vokal.
"Saya sudah lali membacanya... Jika komen negatif dibaca sekali imbas, memang pedih dan menyakitkan hati tetapi saya sendiri harus menukarnya kepada positif. Saya jadikan ia saranan untuk memajukan diri," katanya.
Mengakui mereka berempat memberikan usaha terbaik setiap minggu, Izzue harus memberikan usaha lebih berbanding One, Ameer dan Ariz.
"Saya akui setiap minggu kami memberikan usaha terbaik. Tetapi, saya menyedari yang saya banyak kekurangan berbanding mereka.
"Jika mereka bertiga memberikan 100 peratus usaha, saya harus gandakannya menjadi 200 peratus. Saya anggap pertandingan ini sebagai medan untuk belajar dan mencuba sesuatu yang baru.
"Pada masa yang saya, kami memberikan usaha terbaik untuk peminat yang sentiasa menyokong serta mengambil komen juri profesional dengan serius untuk memperbaiki persembahan kami saban minggu," katanya lagi.
Bersiaran selama lapan minggu, GV5 boleh ditayangkankan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad jam 9 malam.
Layari laman web www.gegarvaganza.com.my untuk segala informasi lanjut mengenai GV5.
Must-Watch Video