Berita

GV5: "Paling Saya Takut Apabila ....." - Amelina

gempak
Rozaimi Zubaidi
01/10/2018
12:49 MYT
Sponsor Banner
GV5: "Paling Saya Takut Apabila ....." - Amelina
Bintang Gegar Vaganza 5 (GV5), Amelina mengakui dirinya gementar ketika melakukan persembahan di hadapan juri profesional.
Menurut Amelina, dia harus bijak dalam menggunakan pengalaman dan bakat yang ada untuk melakukan persembahan terbaik setiap minggu.
"Paling saya takut apabila juri profesional ada di hadapan ketika melakukan persembahan kerana setiap apa yang dilakukan akan dinilai.
"Juri profesional akan menilai dari segi persembahan, vokal dan 'attitude' ketika berada atas pentas.
"Saya juga akan keluarkan apa yang ada dalam diri ini dan sentiasa bersikap postif ketika melakukan persembahan," katanya kepada HLive.
Selain Amelina, GV5 turut dibarisi 11 peserta lain seperti kumpulan Forteen, pasangan duo Billy Zulkarnain, Elite, Zamani, Safura Yaakob, Maya Ruslee, Noryn Aziz, Farawahida, Hetty Sarlene, Dia Fadilla dan Shafie Rio
Bersiaran selama lapan minggu, GV5 boleh disaksikan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad jam 9 malam.
Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024