Skip to main content

Berita Tempatan

Habib Ali Zaenal Abidin Antara Tarikan, Lebih 3,000 Jemaah Hadir Maulid Akbar Bukit Bendera

Habib Ali Zaenal Abidin Antara Tarikan, Lebih 3,000 Jemaah Hadir Maulid Akbar Bukit Bendera

Sekilas

  • Lebih 3,000 jemaah hadir ke Maulid Akbar Bukit Bendera Berselawat di Masjid Habib, Tanjung Tokong, Pulau Pinang yang dianjurkan oleh PUMA bersama Masjid Habib dan Yayasan Restu.
  • Program ini menampilkan bacaan maulid, selawat, tausiah oleh Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid serta persembahan qasidah dari kumpulan Angham Anisah.
  • Majlis bertujuan menghidupkan budaya selawat, memperkukuh ukhuwah dan menyemai kecintaan kepada Rasulullah SAW dalam kalangan masyarakat, terutamanya generasi muda.
Advertisement

Lebih 3,000 jemaah membanjiri Masjid Habib, Tanjung Tokong, Pulau Pinang sempena Maulid Akbar Bukit Bendera Berselawat yang berlangsung Ahad lalu.

Program anjuran Pertubuhan Ummah Malaysia (PUMA) dengan kerjasama Masjid Habib dan Yayasan Restu itu menghimpunkan masyarakat setempat serta jemaah dari sekitar Pulau Pinang dan negeri lain dalam suasana penuh selawat, bacaan maulid, tausiah dan ukhuwah.

Advertisement

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid sebagai jemputan khas yang menyampaikan tausiah dan pengisian kepada para jemaah.

Kumpulan qasidah Angham Anisah yang dipimpin Ustaz Ibrahim Al-Ansari dan Gus Husaini pula menghidupkan suasana menerusi alunan bacaan maulid dan qasidah.

Program dimulakan dengan Perarakan Maulid sebelum para jemaah berhimpun di Masjid Habib untuk mengikuti bacaan Wirdul Latif, solat Maghrib berjemaah, bacaan Maulid Dhiya’ul Lami’, qasidah serta pengisian agama.

Advertisement

Majlis kemudian ditutup dengan solat Isyak berjemaah dan jamuan rakyat.

Menurut Presiden PUMA, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail, penganjuran program itu bukan sekadar memperingati kelahiran Rasulullah SAW, sebaliknya bertujuan menghidupkan budaya selawat dan menyuburkan kecintaan kepada Baginda dalam kehidupan masyarakat.

“Kita mahu masyarakat bukan sahaja mengenali Rasulullah SAW, tetapi mencintai Baginda, memperbanyakkan selawat dan menjadikan akhlak serta sunnah Baginda sebagai panduan dalam kehidupan,” katanya.

Tambahnya, program tersebut turut menjadi wadah untuk memperkukuh ukhuwah dan menyatukan masyarakat menerusi majlis ilmu, selawat serta semangat persaudaraan.

“Alhamdulillah, sambutan yang diterima di luar jangkaan. Pada mulanya kita sasar 2,000 jemaah, tetapi yang hadir melebihi 3,000.

“Kehadiran yang begitu memberangsangkan membuktikan bahawa kecintaan kepada Rasulullah SAW mampu menyatukan hati dan menjadi titik temu seluruh umat,” katanya.

Shaiful turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang membantu menjayakan program berkenaan termasuk Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Masjid Habib, Yayasan Restu, para penaja, pihak berkuasa, sukarelawan dan petugas.

“Terima kasih kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Masjid Habib, Yayasan Restu, Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid, kumpulan qasidah Angham Anisah, keluarga besar Bukit Bendera, para penaja, pihak berkuasa, sukarelawan, petugas serta seluruh para jemaah dan hadirin yang hadir, yang telah memberikan sokongan dan kerjasama dalam menjayakan program berkenaan.

“Kami mendapat banyak maklum balas positif termasuklah dari negeri lain tentang program ini. Kami berharap penganjuran program seperti ini dapat diteruskan sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuhkan penghayatan Islam dalam kalangan semua lapisan masyarakat, khususnya generasi muda di Pulau Pinang.

“Maulid Akbar Bukit Bendera Berselawat diharapkan menjadi satu titik permulaan kepada lebih banyak program yang membawa masyarakat mendekati Rasulullah SAW melalui selawat, ilmu, akhlak dan ukhuwah,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

LAVEN Gradient Rayon Cotton Scarf Wide Soft Brimmed Double Stitch Modal Cotton Scarf Muslim Women Shawl

LAVEN Gradient Rayon Cotton Scarf Wide Soft Brimmed Double Stitch Modal Cotton Scarf Muslim Women Shawl

naelofar Samira Slim Sejadah

naelofar Samira Slim Sejadah

Zara Awliya | Telekung ARIANNA LUXE [Free Dumpling Chain Bag, Box Exclusive & Totebag]

Zara Awliya | Telekung ARIANNA LUXE [Free Dumpling Chain Bag, Box Exclusive & Totebag]

STICKER BENDERA MALAYSIA PALESTINE THAILAND SABAH KELANTAN SELANGOR JOHOR PERLIS KEDAH PERAK PAHANG

STICKER BENDERA MALAYSIA PALESTINE THAILAND SABAH KELANTAN SELANGOR JOHOR PERLIS KEDAH PERAK PAHANG

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

Must Watch Video

Advertisement