Skip to main content

Selebriti

Hampir 500 Orang Hadir Berarak, Shahida & Keluarga Terharu Sambut Maulidur Rasul Kali Pertama - "Alhamdulillah Tercapai Juga.."

Shahida Maulidur Rasul

Isteri kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid menitipkan rasa syukur selepas berjaya menganjurkan sambutan Perarakan Maulidur Rasul buat kali pertama.

Lebih 500 orang dilaporkan hadir memeriahkan perarakan yang penuh barakah itu.

Menerusi perkongsian di TikTok miliknya, Shahida dan keluarganya dilihat berarak bersama orang ramai di kawasan syarikat milik mereka, Dherbs.

"Syukur Alhamdulillah tercapai juga impian kami bagi mengadakan Sambutan Perarakan Maulidur Rasul ini. Ini pertama kali kami buat.

"Syukur sangat hampir 500 orang yang hadir sama-sama berarak.

"Terharu kami dengan sokongan yang hadir hari ini," ujar Shahida.

Dalam video yang sama, Shahida, keluarganya dan mereka yang hadir turut memasak kari kambing bersama-sama selepas perarakan sebelum menjamu selera.

Jelas Shahida, ia adalah tanda terima kasih buat semua yang hadir.

"Selesai sahaja perarakan, kami sama-sama masak kari kambing sebagai tanda penghargaan.

"Licin semua. Kami pun tak merasa tau. Takpelah demi anda semua," tambahnya.

Shahida turut berharap sambutan ini bukanlah yang terakhir dan ingin melaksanakannya lagi pada tahun hadapan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji Shahida dan keluarganya serta menyifatkan tindakan mereka wajar dijadikan contoh.

"Jangan ditanya kenapa rezeki mereka melimpah ruah.

"Suka tengok orang raikan maulid nabi. Semoga Datuk dan Datin makin dilimpahi rezeki dan diberi kesihatan yang baik.

"Kenapa kita perlu kaya? Sebab Lagi kaya lagi banyak sumbangan kepada masyarakt. Terbaik Datuk Datin.

"Keluarga paling kaya yang amat merendah diri dan tidak pernah lupa akan agama.

"Definisi kaya tak salah alamat," komen netizen.

Advertisement

Must-Watch Video