Skip to main content

Selebriti

Hampir 7 Ribu Pengunjung 'Serbu' Astro 30 Showcase, Lebih 50 Artis & Personaliti Jadi Tumpuan

Hampir 7 Ribu Pengunjung 'Serbu' Astro 30 Showcase, Lebih 50 Artis & Personaliti Jadi Tumpuan

Sekilas

  • Astro meraikan ulang tahun ke-30 dengan Astro 30 Showcase di Pavilion Kuala Lumpur yang dihadiri hampir 7,000 pengunjung dalam dua sesi.
  • Acara ini menampilkan lebih 50 artis dan personaliti terkenal serta pelakon dari pelbagai judul Astro yang popular dan bakal datang.
  • Selain showcase, Astro turut menawarkan akses saluran dan kandungan istimewa secara percuma sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia.
Advertisement

Astro meraikan ulang tahun ke-30 Menerusi Astro 30 Showcase, sebuah acara istimewa yang dibuka kepada umum di Pavilion Kuala Lumpur pada 23 Ogos lalu.

Showcase tersebut telah menghimpunkan barisan bakat, personaliti Astro serta para peminat dalam sebuah malam penuh hiburan, muzik dan keraian.

Hampir 7 ribu pengunjung telah memeriahkan showcase tersebut menerusi dua sesi, iaitu dari 4 petang hingga 7 malam dan 8 malam hingga 10 malam.

Advertisement

Rakyat Malaysia bersama-sama meraikan tiga dekad perjalanan Astro yang dipenuhi pelbagai kisah, muzik dan hiburan yang meninggalkan kenangan.

Showcase ini merupakan antara aktiviti dan inisiatif penghargaan pelanggan yang disediakan Astro sempena sambutan ulang tahun ke-30, sekali gus mencerminkan tanda penghargaan atas sokongan berterusan rakyat Malaysia sepanjang tiga dekad.

Inisiatif ini turut merangkumi akses komplimentari kepada saluran Astro serta akses komplimentari Astro X3 di Smart TV yang serasi, di samping tawaran kandungan istimewa, ganjaran eksklusif di acara serta pelbagai aktivasi di seluruh negara.

Sambutan turut dimeriahkan dengan kehadiran lebih 50 artis dan personaliti termasuk Faizal Tahir, Sharul Kamal, Vanessa Reynauld, Zeppo Youngsterz, ALPHA, Danson Ooi, Juztin Lan, Ruhan, Stacy dan Noryn Aziz.

Turut hadir ialah barisan pelakon daripada judul-judul Astro yang bakal dan sedang menjadi pilihan ramai termasuklah Kudrat 1968, WOLONG: The Mastermind, Visham, Kasih Yang Terkorban, Bulan Henti Bicara, SOS, PL: I Love You serta filem Astro Shaw, Terbang.

Sempena Astro meraikan 30 tahun perjalanan, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa menjadi sebahagian penting daripada perjalanan kami.

Astro akan terus komited untuk membawakan lebih banyak kisah, hiburan serta pengalaman bermakna kepada para penonton pada tahun-tahun mendatang.

Anda mungkin berminat dengan

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

Stoned World Cup Series : Germany

Stoned World Cup Series : Germany

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

TOPTOY Little Black Cat Cute Plush Pendant Doll Doll Girl Gift

TOPTOY Little Black Cat Cute Plush Pendant Doll Doll Girl Gift

PRE-ORDER [RAYA BERSERI] Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation SPF33 PA++|Raya Glow,Suci Lebaran

PRE-ORDER [RAYA BERSERI] Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation SPF33 PA++|Raya Glow,Suci Lebaran

Must Watch Video

Advertisement