Skip to main content

Selebriti

Hanya Bahasa Kiasan, Dr. Fie Jelaskan Penggunaan Ayat ‘Campak’ - "Cakap Bahasa Melayu Basa Basi Peguam Pun Boleh..."

Dr Fie

Bekas isteri kepada penyanyi Nubhan, iaitu Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, tampil menjelaskan penggunaan perkataan ‘campak’ berhubung dakwaan barangan miliknya dikeluarkan oleh Nubhan.

Menerusi perkongsian di Threads, Dr. Afifah atau Dr. Fie berkata, perkataan tersebut tidak bermaksud barangan itu dibaling sehingga rosak, sebaliknya sekadar bahasa kiasan untuk menggambarkan keadaan.

"Bila cakap bahasa melayu basa-basi peguam pun boleh keliru. Campak itu bukan bermaksud kau campak melanting sampai rosak," tulisnya.

Menurutnya, barang tersebut diletakkan di rumah ibu bapanya tanpa sebarang makluman ketika mereka berada di luar negara.

Dalam pada itu, Dr. Fie turut mengambarkan bekas suaminya itu sebagai seorang yang ‘untouchable’.

"Boleh ke letak barang dekat rumah orang tanpa notis. Walaupun ibu bapa saya sendiri. Ibu bapa saya pun ada dekat Vietnam. Hebat! Sebab itu saya kata dia 'untouchable'," katanya.

Terdahulu, Dr. Fie meluahkan kekecewaan terhadap Nubhan yang didakwa telah mengeluarkan barang peribadi daripada rumahnya tanpa sebarang notis.

Dakwa Dr. Fie lagi, ini bukanlah kali pertama bekas suaminya itu bertindak sedemikian terhadapnya.

Pada 2 Disember lalu, Mahkamah Rendah Syariah Sepang mengesahkan Nubhan sah bercerai dengan Dr. Fie selepas meneliti lafaz talak yang dibuat di luar mahkamah.

Hakim Umamuddin Yunus menetapkan bahawa lafaz talak kali kedua yang dilafazkan Nubhan pada 26 Ogos lalu adalah sah mengikut hukum syarak dan undang-undang keluarga Islam.

Untuk rekod, Nubhan dan Dr. Fie yang juga seorang doktor gigi mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, serta Afzan Nayille yang berusia tiga tahun.

Must-Watch Video

Advertisement