Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Hanya Seorang Boleh Jadi 'Lawyer' Buruk, Dua Lagi Kena Kontra - Douglas Lim

Elrafaei Sapi
28/11/2018 11:08 MYT
Tiga kumpulan dalam program Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM 2018) menjadi pilihan ketua juri, Douglas Lim sebagai peserta yang paling menyerlah pada minggu keempat.

Jelasnya, dia suka dengan persembahan dari kumpulan Masin, Bocey dan Taman. Begitu juga, kumpulan Shiro berjaya memberi persembahan yang menghiburkan.

"Pada minggu ini, ramai peserta yang bagus tapi pasukan yang kurang bagus nampak jauh perbezaan dari segi keputusan yang diterima," katanya kepada Astro Gempak.

Douglas memberitahu kumpulan Abata tersingkir kali ini atas kesilapan pada teknik lawak yang mereka gunakan.

"Saya nampak struktur percubaan lawak mereka tapi teknik mereka gunakan pada saya mungkin silap kerana tiga karakter itu tidak memegang watak atau tiada tujuan spesifik.

"Maksudnya jika seorang jadi 'lawyer' buruk, dua rakannya pula tidak boleh buat 'lawyer' buruk, kena kontra," katanya.

Ujarnya, daripada apa yang pelawak belajar mengenai teknik komedi adalah jika ia membabitkan persembahan berkumpulan seramai tiga peserta, 'sketch' komedi cuma ada satu 'lawyer buruk' sahaja, 1 'straight man' dan 1 'killer'.

"Struktur lawak itu bukan undang-undang tapi banyak orang buat kajian memang itulah yang diperlukan dan mereka (Abata) dari segi itu gagal menyempurnakan sktesa mereka," katanya.

Jangan lupa menonton MLM 2018 setiap Jumaat jam 9 malam menerusi Astro Warna (saluran 132), Warna HD (saluran 124), Astro GO dan On Demand.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: IG @bocey_family

#Bocey #MAsin #Taman
;