Skip to main content

Selebriti

“Hari Ini Hari Aina Abdul, Tak Mahu Dengar Pasal Benda Lain…” - Janna Nick

“Hari Ini Hari Aina Abdul, Tak Mahu Dengar Pasal Benda Lain…” - Janna Nick

Sekilas

  • Janna Nick beri kata semangat kepada Aina Abdul sebelum pengumuman juara Eurovision Contest Asia 2026.
  • Aina akan mempersembahkan lagu terbaharunya, Bluest Sky, dalam pertandingan yang berlangsung di Bangkok pada 14 November.
  • Perlumbaan ini melibatkan wakil dari beberapa negara Asia seperti Thailand, Korea Selatan, Filipina, Vietnam, Kemboja dan Bhutan.
Advertisement

Hanya beberapa jam sebelum juara Eurovision Contest Asia 2026 diumumkan, ramai rakan artis termasuk pelakon, Janna Nick menitipkan kata-kata semangat buat penyanyi, Aina Abdul.

Menerusi perkongsian di Threads, Janna berkata dia tidak mahu mendengar atau mengambil tahu perkara lain selain berita kemenangan Aina dalam pertandingan tersebut.

Advertisement

“Hari ini hari Aina Abdul, Tak mahu dengar pasal benda lain. Nak dengar ‘Aina Abdul Juara Eurovision 2026’,” tulisnya.

Dalam hantaran lain, Janna turut berpesan agar Aina kekal tenang dan memberikan yang terbaik kerana rakyat Malaysia akan sentiasa menyokong perjalanannya.

“Aina mesti gemuruh, yelah dia bawa nama Malaysia. Aina tenang sahaja. Kami satu Malaysia sokong anda. Kalah menang itu belakang cerita sebab kita tau yang awak akan sentiasa beri yang terbaik. Kami sudah bangga dengan awak, Aina Abdul,” ujarnya.

Advertisement

Untuk info, Aina bakal mempertaruhkan karya terbaharunya berjudul Bluest Sky yang ditulis dalam bahasa Inggeris pada pertandingan Eurovision Contest Asia 2026, malam ini.

Selain Malaysia, pertandingan yang bakal berlangsung di Bangkok pada 14 November ini turut menghimpunkan wakil dari beberapa negara lain termasuk Thailand, Korea Selatan, Filipina, Vietnam, Kemboja dan Bhutan.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

JDT Worldwide 1070

JDT Worldwide 1070

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

Must Watch Video

Advertisement