,
Berita

Hasrat Achey Melawat Pusara Arwah Pak Yus Tercapai

Mya Amri
06/05/2017
08:57 MYT
Pelawak Achey yang juga ahli kumpulan Bocey meluahkan rasa lega kerana hasrat untuk melawat pusara sahabatnya, Pak Yus akhirnya tercapai.
Menurut Achey, dia sudah lama menyimpan niat untuk melawat pusara allahyarham Yusry Edoo atau lebih mesra dengan panggilan Pak Yus, namun disebabkan kekangan masa hasrat itu beberapa kali tertangguh.
"Sebenarnya saya memang selalu teringat untuk melawat pusara arwah tetapi kerana jadual yang padat menyebabkan saya tidak dapat meneruskan niat saya itu.
"Semalam selepas solat Jumaat, saya curi masa memandu ke Kangar untuk menziarah 'abang' saya itu.
"Di Kangar saya bertemu dengan sahabat-sahabat arwah Pak Yus dan kami sempat luangkan masa bersama-sama," katanya ketika dihubungi Astro Gempak.
Tambah Achey lagi, dia akan sentiasa menziarah pusara Allahyarham sekiranya mempunyai kesempatan.
"Insya-Allah, jika ada kelapangan saya akan datang lagi ke Kangar menziarah pusara Pak Yus dan berjumpa kawan-kawan di sini," ujarnya.
Achey turut memuatnaik fotonya di pusara Pak Yus di Instagram, tengahari tadi.
Menerusi ruangan komen pada entri tersebut, rata-rata pengikut Achey turut meluahkan rasa rindu mereka terhadap Pak Yus.
Achey ketika dihubungi sedang dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur untuk bertugas sebagai hos program Gema GegarVaganza yang akan bersiaran pada malam ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Pernah Buat ‘Show’ Percuma, Atu Zero Hanya Mahu Hiburkan Orang - “Bila Kita Tengok Orang Gembira, Hati Rasa…”

gempak
10/09/2024
03:55 MYT
Pelawak yang juga salah seorang ahli kumpulan Zero iaitu Atu mengakui dia kini tidak kisah dengan bayaran malah pernah membuat persembahan secara percuma.
Hiburan

Ucap Hari Lahir Buat Allahyarham Abam, Achey Sebak  - “Kesedihan Takda, Rindu Je Ada Ni”

gempak
20/01/2024
12:00 MYT
Al-fatihah buat Allahyarham Abam
Laman Utama

Tiga Tahun Berlalu, Fad Masih Terasa Dengan Pemergian Abam Bocey - “Kami Sampai Tahap Susah Dalam Keluarga Pun…”

gempak
15/02/2023
04:55 MYT
Al-fatihah untuk arwah Abam..
Laman Utama

[VIDEO] “Kau Tetap Di Hatiku Selamanya Cinta Syurga” – Balu Abam Ziarah Kubur, Ubati Rasa Rindu

gempak
31/07/2022
08:00 MYT
Sakit yang tiada ubat adalah sakit merindui orang yang telah pergi
Laman Utama

Achey & Fad Bantu Mangsa Banjir – “Insya-Allah Apa Yang Kami Ada…”

gempak
20/12/2021
08:23 MYT
Ramai yang puji tindakan pantas Achey & Fad!