berita

Hati Terguris, Eyya Gegar Lawak Menangis Baca Komen Negatif

gempak
Mya Amri
20/03/2018
05:22 MYT
Sponsor Banner
Hati Terguris, Eyya Gegar Lawak Menangis Baca Komen Negatif
Naib Juara Gegar Lawak, Eyya akui hatinya terguris apabila membaca komen-komen negatif yang ditujukan kepadanya.
Eyya mendedahkan disebabkan perkara itu juga dia hampir menarik diri daripada program Gegar Lawak di minggu kelima.
“Secara jujurnya saya memang baca semua komen negatif dan sedikit sebanyak memberi kesan terhadap emosi saya.
“Untuk minggu pertama, saya tidak dapat mengawal emosi dan menangis teruk di belakang pentas.
“Namun peserta-peserta Gegar Lawak banyak memberikan semangat kepada saya. Mereka menasihati saya supaya tidak ambil peduli dengan kata-kata tersebut.
“Dari situ saya mula berfikir tidak kiralah apa perkara buruk yang mereka ingin katakan, saya jadikan itu sebagai pemangkin semangat.
“Tak mengapalah, lagipun kita pun tidak boleh nak puaskan hati semua orang.” katanya kepada Astro Gempak.
[[BACA: Kiut Menangis Diumum Juara Gegar Lawak 2018, Eyya Mengejutkan!]]
Mengulas mengenai kemenangannya, Eyya berkata dia tidak pernah bermimpi untuk mendapat tempat kedua.
“Alhamdulillah ini bukan mimpi, rasa gembira dengan rezeki yang tidak diduga.
“Ramai yang kecam-kecam saya tapi akhirnya saya berjaya juga. Ini semua rezeki, apa yang penting saya jadi diri sendiri.
“Duit kemenangan ini saya mahu bayar hutang belajar dan yang keduanya mahu tolong keluaga kerana kami bukan orang senang,” katanya.
Foto: Azrul Rafie
Teks oleh: Mya Amri
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live