berita

Hati-Hati Bercuti, Korea Selatan Catat Kes Ke-19 Positif Koronavirus

gempak
Mya Amri
05/02/2020
23:07 MYT
Sponsor Banner
Hati-Hati Bercuti, Korea Selatan Catat Kes Ke-19 Positif Koronavirus
Jumlah individu dijangkiti novel koronavirus (2019-nCoV) di Korea Selatan terus meningkat kepada 19 orang lapor Awani pada Rabu.
Kes terbaharu melibatkan seorang lelaki berusia 36 tahun yang mempunyai kontak dengan pesakit kes ke-18.
Kedua-dua mereka merupakan individu yang menghadiri persidangan di Singapura pada bulan lalu.
Mereka berdua difahamkan makan bersama lelaki warganegara Malaysia yang sah dijangkiti koronavirus. Terdahulu, Korea Selatan mengesahkan dua kes baharu novel koronavirus, melibatkan seorang lelaki yang berusia 38 tahun dan seorang wanita 21 tahun, pada Rabu.
Memetik laporan Channel News Asia, lelaki berkenaan dijangkiti koronavirus selepas melawat Singapura, bulan lalu kerana menghadiri persidangan kerja dari 18 hingga 24 Januari lalu.
Menurut agensi berita Korea Selatan, Yonhap, difahamkan lelaki itu makan bersama dengan seorang rakyat Malaysia yang disahkan positif koronavirus.
Sumber: Astro Awani / Korea Herald
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live