Skip to main content

Konsert

Hausboom Meriah Lain Macam, Himpunkan 33 Artis Dari Dalam Dan Luar Negara

HAUSBOOM 2025

Ribuan penonton membanjiri MAEPS Serdang pada hujung minggu lalu sempena AirAsia Hausboom Festival 2025, yang menampilkan persembahan penuh bertenaga daripada barisan penyanyi ternama dari artis tempatan dan antarabangsa.

Konsert yang berlangsung selama dua hari itu menghimpunkan 33 artis dengan persembahan memukau sepanjang acara berlangsung.

Advertisement

Antara momen yang mencuri perhatian ialah kemunculan pempengaruh Leona, yang tampil menghiburkan penonton dengan lagu tular dari Kelantan berjudul Cicak, disusuli persembahan tarian dangdut.

Penutup persembahan pula disempurnakan oleh Datuk M. Nasir pada hari pertama dan Noh Salleh pada hari kedua, sekali gus meninggalkan impak mendalam buat para peminat.

Berikut antara trivia menarik tentang barisan artis yang membuat persembahan di festival ini:

K-Clique

Diiktiraf sebagai ‘Spotify’s Most Streamed Malaysian Artiste of 2019’, kumpulan hip-hop ini terus mencipta fenomena apabila kebanyakan lagu mereka sering trending dan berjaya menawan hati peminat tempatan.

Insomniacks

Ditubuhkan pada tahun 2015, Insomniacks mula mencipta nama melalui single ‘Pulang’ pada tahun 2018, yang menjadi antara lagu paling dikenali dalam kalangan peminat muzik tempatan.

Spider

Band lagenda dari Johor, ditubuhkan sekitar 1996. Album sulung mereka, ‘Ngam Ho’, menjadi fenomena besar dalam industri muzik tempatan. Lagu-lagu klasik seperti ‘Aladdin’, ‘Relaku Pujuk’, ‘Kasih Latifah’ dan ‘Nazraku’ kekal segar hingga kini.

Feby Putri

Artis asal Indonesia yang mula dikenali menerusi lagu debut ‘Halu’ sebelum popularitinya melonjak dengan single ‘Runtuh’ (bersama Fiersa Besari), yang kini meraih lebih 600 juta streams di Spotify!

Datuk M Nasir

Tahun ini menandakan kemunculan kali kedua Datuk M. Nasir di AirAsia Hausboom Festival. Seperti biasa, persembahannya menjadi penutup yang cukup memukau dan sarat aura legenda.

6ixth Sense

Band Malaysia yang bukan saja mencipta nama di tanah air, malah turut berjaya menembusi pasaran Indonesia. Gaya muzik mereka iaitu gabungan rock dan pop balada terus digemari peminat di seluruh Nusantara.

Ella

Ratu Rock Malaysia yang sentiasa memukau dengan vokal bertenaga, karakter penuh karisma, dan stage presence luar biasa yang pastinya membuatkan penonton meremang!

Datuk Jamal Abdillah

Raja Pop Malaysia yang kekal relevan hingga kini. Suara emasnya tiada pengganti, malah beliau pernah dinobatkan sebagai Juara Bintang RTM 1979, menjadikannya antara legenda paling dihormati dalam industri muzik tanah air.

Bernadya

Salah seorang bintang yang semakin meningkat naik di Indonesia, Bernadya digelar sebagai ‘Queen of Sad Songs’. Antara lagu terkenalnya termasuk ‘Satu Bulan’, ‘Apa Mungkin’, dan ‘Akhirnya’ karya yang menjadi anthem buat ramai anak muda yang sedang bergelut dengan cinta dan kehidupan.

Noh Salleh & Restoe Iboe Band

Kemunculan semula salah seorang frontman paling ikonik Malaysia! Pernah beraksi di pentas Hausboom 2023 bersama Hujan, kini Noh Salleh kembali bersama Restoe Iboe Band.

Bukan sekadar penyanyi, Noh Salleh juga seorang komposer, penulis lirik dan pencerita. Lagu-lagunya seperti ‘Angin Kencang’ dan ‘Rahsia Tuhan’ telah pun menjadi lagu abadi dalam sejarah muzik Malaysia.



 

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement