Skip to main content

Antarabangsa

Hero Serangan Bondi Terima Sumbangan RM10.5 Juta Hasil Kutipan Lebih 43,000 Orang

Ahmed al Ahmed

Sekilas

  • Ahmed al Ahmed menjadi wira selepas merampas pistol daripada penyerang di Pantai Bondi, Sydney, yang menyebabkan serangan berdarah semasa sambutan Hanukkah.
  • Beliau kini dirawat di hospital selepas ditembak dan menerima sumbangan sebanyak USD2.5 juta daripada lebih 43,000 penderma melalui kempen GoFundMe.
  • Serangan itu mengorbankan 16 nyawa, dengan suspek utama ditahan manakala seorang lagi suspek maut dalam kejadian tersebut.

Keberanian seorang individu bernama Ahmed al Ahmed yang merampas pistol daripada penyerang di Pantai Bondi, Sydney, Australia pada Ahad lalu telah mencuri perhatian satu dunia.

Ahmed yang kini dirawat di hospital berjaya menyentuh hati rakyat Australia apabila menerima cek sumbangan bernilai USD2.5 juta (RM10.5 juta).

Difahamkan, dana tersebut merupakan hasil sumbangan lebih 43,000 penderma dari seluruh dunia menerusi kempen GoFundMe yang digerakkan oleh pempengaruh antarabangsa, mdmotivator.

Antara individu terkenal yang turut menyumbamg termasuklah bilionair Amerika iaitu Bill Ackman, pelawak Hollywood Amy Schumer serta pemuzik Australia, The Kid Laroi.

Sumbangan itu diberikan susulan tindakan beraninya dalam mempertaruhkan nyawa demi keselamatan orang ramai.

Terdahulu, media melaporkan menegenai serangan di Pulau Bondi yang menyasarkan orang ramai ketika berkumpul bagi sambutan Hanukkah di pantai berkenaan.

Sekurang-kurangnya 16 maut manakala ramai yang lain cedera.

Seorang suspek, Naveed Akram, 24, ditahan polis manakala seorang lagi suspek yang juga bapanya, Sajid, 50, maut.

Ketika kejadian, Ahmed yang berani merampas pistol ketika serangan berlaku ditembak di bahu kiri serta tangan dan kini berdepan tempoh pemulihan sehingga enam bulan.

Sumber: IG Zachery Dereniowski

Must-Watch Video

Advertisement