Skip to main content

Selebriti

Hidap Kanser Buah Pinggang, Zara Zya Dedah Tak Pernah Makan 'Junk Food' - "Cuma Sekali Sekala ..."

Zara Zya instant food

Sekilas

  • Pelakon Zara Zya berkongsi bahawa dia tidak mengambil makanan segera atau makanan ringan kecuali mi segera sekali-sekala.
  • Dia juga mengelak makanan manis, kopi, pedas, makanan segera, dan kolagen dalam dietnya.
  • Zara baru-baru ini mengumumkan dia menghidap kanser buah pinggang tahap satu dan menerima sokongan daripada netizen.

Pelakon popular, Zara Zya mencuri perhatian ramai selepas berkongsi mengenai amalan pemakanannya menerusi satu hantaran di media sosial.

Menerusi perkongsian di Threads, Zara mendedahkan bahawa dia tidak pernah mengambil makanan segera atau makanan ringan sepanjang hidupnya kecuali mi segera yang diambil sekali-sekala.

"Saya tak amalkan 'junk food', manis, kopi, pedas, 'instant' dan kolagen. Cuma meggi sahaja sekali sekala," tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan doa dan semangat buat pelakon drama 'Love You Mr. Arrogant' itu agar terus tabah menghadapi ujian.

"Semoga cepat sembuh Zara.

"Allah cuma nak uji. Sabar ya.

"Yang lain janganlah pertikaikan dia. Doa baik-baik dan bagi semangat.

"Diluar bidang kuasa kita. Awak terpilih sebab awak istimewa," komen netizen.

Sebelum ini, Zara berkongsi tentang kesihatannya yang disahkan menghidap renal cell carcinoma atau sel kanser buah pinggang tahap satu. 

Zara atau Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 40, memberitahu badannya seolah-olah sudah lama mengalami gejala penyakit itu.

Must-Watch Video

Advertisement