Skip to main content

Selebriti

“Hilang Mak Ayah Pun Dah Cukup Sakit…” - Cik Epal Tak Sanggup Pisahkan Han & Yuki

“Hilang Mak Ayah Pun Dah Cukup Sakit…” - Cik Epal Tak Sanggup Pisahkan Han & Yuki

Sekilas

  • Cik Epal awalnya mahu mengambil anaknya, Yuki, di bawah jagaan tetapi memilih untuk tidak memisahkan Yuki dengan abangnya, Han, demi mengelakkan konflik.
  • Dia percaya keputusan itu adalah yang terbaik untuk anak-anak kerana kehilangan ibu bapa sudah cukup menyakitkan tanpa perlu memisahkan adik-beradik.
  • Mahkamah telah memutuskan hak penjagaan Han dan Yuki diberikan kepada Jofliam, dan kes komital terhadapnya telah digugurkan.
Advertisement

Personaliti media sosial dan usahawan, Cik Epal mengakui pada awalnya dia mahu mengambil anaknya, Yuki di bawah jagaannya.

Cik Epal atau nama penuhnya Murni Mahmud bagaimanapun berkata dia akhirnya tidak berbuat sedemikian kerana tidak mahu memisahkan Yuki dengan abangnya, Han bagi mengelakkan sebarang konflik pada masa akan datang.

Advertisement

“Memang ada rancang nak ambil Yuki sahaja sebab bila aku tanya Han, dari awal lagi dia memang memilih untuk tinggal bersama Tot & Hamak. Bila tanya Yuki, dia pula nak ada keluarga macam dulu dan masih buat untuk mama dan papa pergi makan sama-sama dengan dia.

“Han & Yuki pun rapat. Aku pun tak nak pisahkan. Kalau aku ambil Yuki sahaja, nanti akan ada cerita lain pula. Kesian anak-anak,”tulisnya menerusi Threads.

Dalam pada itu, Cik Epal turut berkata keputusannya itu adalah merupakan solusi yang terbaik buat anak-anaknya.

Menurutnya, kehilangan ibu bapa sudah cukup menyakiti buat mereka, maka dia tidak mahu memisahkan kedua beradik itu.

“Hilang mak ayah pun dah cukup sakit untuk seorang anak. Kalau dalam masa sama kena asingkan adik-beradik yang selama ini membesar bersama. Aku rasa sakit itu akan jadi lebih berat. 

“Aku cuma cuba fikir apa paling kurang menyakitkan untuk anak-anak. Bukan soal siapa dapat siapa. Bukan soal aku nak atau tak nak. Aku cuma tak sanggup buat keputusan yang akhirnya buat Han & Yuki lebih terluka,”ujarnya.

Terdahulu, Jofliam meluahkan rasa syukur selepas mahkamah memutuskan hak penjagaan Han dan Yuki diberikan kepadanya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Jofliam turut memaklumkan bahawa mahkamah telah menggugurkan kes komital terhadapnya.

Sekadar info, Cik Epal dan Jofliam mengumumkan perceraian pada Oktober 2024 selepas mendirikan rumah tangga pada 2014.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Han dan Yuki.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement