Skip to main content
Advertisement

Selebriti

“Hype Dia Lebih Banyak” - Nadzmi Adhwa Ulas Dakwaan Tumpang Populariti Isteri

“Hype Dia Lebih Banyak” - Nadzmi Adhwa Ulas Dakwaan Tumpang Populariti Isteri

Sekilas

  • Pelakon Nadzmi Adhwa menafikan dakwaan menumpang populariti isterinya, Ardell Aryana, dan menjelaskan dia sudah 12 tahun dalam industri lakonan.
  • Nadzmi menghargai sokongan Ardell yang banyak membantu ketika dia menghadapi fasa sukar dan pernah tiada tawaran lakonan sehingga mereka menceburi perniagaan mi.
  • Mereka berkahwin pada 2019 dan dikurniakan dua cahaya mata, Arwa Malaikha Urwa dan Arwa Uthman Affan.
Advertisement

Pelakon Nadzmi Adhwa tampil mengulas dakwaan segelintir pihak yang mengatakan dirinya menumpang populariti isterinya, aktres Ardell Aryana.

Nadzmi atau nama penuhnya Nadzmi Adhwa Nor Adzmi, 34, berkata dia tidak berkecil hati dengan pandangan tersebut dan memahami jika ada yang kurang mengenalinya kerana isterinya lebih banyak mendapat perhatian orang ramai.

Advertisement

Menurut Nadzmi, Ardell lebih menonjol kerana aktif dalam pelbagai misi bantuan kemanusiaan.

“Saya tak boleh nak salahkan mereka. Mungkin mereka tidak berapa kenal. Tetapi kalau ikutkan, saya dah 12 tahun dalam industri. Ada sahaja sebenarnya. Mungkin mereka tak tengok saya.

“Lagipun, isteri saya yang lebih banyak ke hadapan. Mungkin sebab dia banyak buat bantuan kemanusiaan. Jadi, hype dia lebih banyak. Jadi, orang nampak la kat situ.

“Padahal sebenarnya kita ada sahaja di sini. Kalau orang nak cakap apa pun, tidak mengapalah. Saya tak boleh nak tutup mulut orang. Sebab itu kalau ada peluang untuk nak kembali berlakon, saya sentiasa terbuka dan berlapang dada,” katanya kepada Gempak.

Nadzmi berkata demikian ketika ditemui pada program Weekend Fete Al Aqsa Carpets di Al Aqsa Carpets Factory Outlet pada Sabtu.

Dalam pada itu, Nadzmi turut meluahkan rasa syukur kerana mempunyai Ardell yang banyak membantunya ketika melalui fasa sukar dalam hidup.

Ketiadaan tawaran lakonan sebelum ini juga menyebabkan mereka memilih untuk menceburi bidang perniagaan dengan membuka perniagaan mi.

“Saya ada isu salah pengurusan dahulu. Saya bangkit pun sebab isteri saya. Dia yang tolong saya dari titik hitam itu. Saya kena banned sebab mulut-mulut orang yang cakap tak betul.

“Saya pernah sahaja tak dapat tawaran langsung sebab itu saya mula buat perniagaan demi teruskan hidup dan cari makan. Alhamdulillah, Allah beri isteri yang memahami dan banyak membantu saya untuk tarik keluar.

“Selepas nikah, rezeki itu datang dengan cara lain dan tak semestinya pada berlakon dan pengacaraan sahaja,” ujarnya.

Sekadar info, Nadzmi dan Ardell mendirikan rumah tangga pada 1 September 2019.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Arwa Malaikha Urwa,6 dan Arwa Uthman Affan,3

Anda mungkin berminat dengan

POLO HILL Men Penny Loafers Shoes PMSL-MS4164

POLO HILL Men Penny Loafers Shoes PMSL-MS4164

RHINO SHOE WB400-O4 Aquamax Waterproof Wellington Boots | Premium | Kasut Hujan | Kasut Kebun

RHINO SHOE WB400-O4 Aquamax Waterproof Wellington Boots | Premium | Kasut Hujan | Kasut Kebun

Yooka Men Hoodies Half Sleeve With Hood 220GSM Hoodie Outerwear Sweater Losse-fitting Top Lelaki 11 colors available

Yooka Men Hoodies Half Sleeve With Hood 220GSM Hoodie Outerwear Sweater Losse-fitting Top Lelaki 11 colors available

《Mega Deal》Plus Size Adjustable Bra Bamboo Charcoal Simple and Thin Wireless Bra Without Rims

《Mega Deal》Plus Size Adjustable Bra Bamboo Charcoal Simple and Thin Wireless Bra Without Rims

SHEGLAM For The Flush Lip & Cheek Lip Tints

SHEGLAM For The Flush Lip & Cheek Lip Tints

Byford ( 2 Pieces ) Seluar Boxer Lelaki | Byford Underwear 100% Cotton Knit Boxers Assorted Colours - BUD5023X

Byford ( 2 Pieces ) Seluar Boxer Lelaki | Byford Underwear 100% Cotton Knit Boxers Assorted Colours - BUD5023X

Must Watch Video

Advertisement