berita

“I Love You” – Hanya Bagi Macaron Dan Letak Lilin, Comelnya HaHa Sambut Birthday Isteri

gempak
Mya Amri
24/10/2019
10:45 MYT
Sponsor Banner
“I Love You” – Hanya Bagi Macaron Dan Letak Lilin, Comelnya HaHa Sambut Birthday Isteri
Anggota Running Man HaHa baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran isteri kesayangannya, Byul.
Lebih manis apabila HaHa memberikan manisan macaron dan diletakkan lilin di atas pencuci mulut itu.
Nampak simple tetapi itulah antara momen-momen manis yang tidak akan dilupakan oleh Byul.
Menerusi posting terbaru di akaun Instagram, HaHa memberikan coretan khas buat isterinya.
“Go Eun, selamat hari jadi! Awak telah bekerja keras. Tiada apa yang dapat saya ungkapkan ketika ini. Saya akan menghargai awak selagi saya masih hidup.
“Terima kasih dan saya sangat sayangkan awak. Hari ini merupakan hari ke-100 selepas kelahiran anak ketiga kita, Song Yi jadi tahniah sekali lagi.
“Tahniah juga buat isteriku kerana sudah memulakan saluran Youtube sendiri, ‘Shining Byul Tube’! Saya harap awak dapat meluahkan pendapat atau bercerita mengenai apa sahaja menerusi saluran tersebut.
“Saya juga akan muncul disaluran berkenaan, selamat hari jadi sekali lagi sayangku. Perasaan paling gembira apabila dapat melakukan sesuatu. Saya juga pasti akan mengikuti jejak langkah awak untuk membuka saluran YouTube sendiri,” tulisnya.
A post shared by ha dong hoon (@quanhaha79) on
Terdahulu, HaHa dan Byul telah berkahwin pada tahun 2012 dan telah dikurniakan seorang anak lelaki, Dream pada tahun 2013 dan So Wool pada tahun 2017.
Manakala anak ketiganya yang merupakan seorang puteri dilahirkan pada 17 Julai 2019.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live