Skip to main content

Selebriti

“Ia Adalah Sumpah Hidup & Mati Saya…” - Nabila Huda

“Ia Adalah Sumpah Hidup & Mati Saya…” - Nabila Huda

Sekilas

  • Nabila Huda berkongsi realiti sukar dalam industri lakonan termasuk pengorbanan masa, keletihan mental, dan kerja lebih 12 jam sehari.
  • Dia jelaskan pelakon sukar dapat MC kerana penggambaran melibatkan ramai pihak dan bukan hanya bergantung pada diri sendiri.
  • Nabila mahu orang faham bahawa di sebalik lakonan ada disiplin, komitmen, dan pengorbanan yang besar, bukan kerja mudah atau glamor semata-mata.
Advertisement

Berlakon tidak semudah yang disangkakan, aktres, Nabila Huda tampil berkongsi realiti di sebalik industri lakonan yang jarang dilihat umum.

Menerusi perkongsian di Instagram, Nabila berkata dia banyak menghabiskan masa di set penggambaran sehingga terpaksa mengorbankan waktu rehat, cuti dan masa bersama keluarga.

Advertisement

“Pengorbanan saya yang paling besar adalah masa. Saya hilang banyak sangat masa. Saya hanya berada di set penggambaran. Saya korbankan hari rehat, cuti, hujung minggu, masa bersama keluarga, rakan-rakan dan diri sendiri.

“Secara mental kami sangat penat sebab kepala sentiasa fikir bagaimana kami ingin buat yang terbaik untuk setiap watak.

“Kadang-kadang kami tidak boleh tidur sebaiknya sebab selagi babak itu tidak selesai, selagi rasa ia tidak cukup. Otak itu masih bekerja. Kami bekerja lebih daripada 12 jam sehari. Kadang masuk hutan, tasik, mandi lumpur dan tempat kotor.

“Ada masa tidur cuma lima jam sahaja kemudian bangun dan buat lagi semula sepanjang hari. Kalau bernasib baik, bila ada babak orang lain sempatlah kami tidur sekejap di antara babak-babak itu.

“Kalau babak berat yang memerlukan emosi, kadang-kadang dari lapan pagi sampai malam kita kena menangis banyak kali. Angle yang berbeza tetapi emosi yang sama. Setiap kali kamera roll, kami kena berikan yang terbaik,” tulisnya.

Pelakon drama Kudrat 1968: High Council itu turut berkata pelakon bukan mudah untuk mendapatkan sijil cuti sakit (MC) kerana setiap penggambaran melibatkan ramai pihak dan bukan hanya bergantung kepada keadaan diri sendiri.

Dalam pada itu, Nabila menjelaskan perkongsian tersebut bukan bertujuan untuk merungut, sebaliknya mahu memberi gambaran mengenai kesukaran di sebalik setiap lakonan kepada mereka yang menganggap kerjayanya mudah.

“Saya tidak merungut cuma saya kongsi proses berlakon sebab kadang-kadang ada orang lihat kerja kita nampak mudah dan ada juga yang fikir kerja kita adalah kerja yang teruk.

“Saya suka karier saya. Ini adalah minat saya. Mungkin apa yang saya mahu adalah sedikit hormat daripada orang yang suka sangat bercakap buruk tentang apa yang saya suka buat dan yang saya dedikasikan dalam hidup saya. Saya telah bekerja keras untuk sampai ke tahap ini.

“Jadi, sebelum awak judge minat saya dan cakap kerja saya mudah, glamour dan hanya berlakon, sila memahami di sebalik setiap perkara yang awak lihat di skrin itu sebenarnya terdapat pengorbanan, kepenatan, disiplin dan komitmen yang awak tak nampak.

“25 tahun dan saya masih berada di sini. Masih belajar dan kembangkan lagi minat saya. Ia adalah sumpah hidup dan mati saya. Selagi saya masih bernafas, tiada siapa pun yang boleh hentikan saya daripada terus berkarya.

“Ini adalah diri saya. Ini adalah apa yang saya hidup dan saya akan terus mencipta sehingga nafas terakhir saya,” katanya lagi.



 

Anda mungkin berminat dengan

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

VIRTOK Shoupin首品 Hair Dye Full Set Free Tools & Developer Pewarna Rambut Hair Colour 染发剂流行色染发膏奶茶灰棕

VIRTOK Shoupin首品 Hair Dye Full Set Free Tools & Developer Pewarna Rambut Hair Colour 染发剂流行色染发膏奶茶灰棕

PRE-ORDER [RAYA BERSERI] Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation SPF33 PA++|Raya Glow,Suci Lebaran

PRE-ORDER [RAYA BERSERI] Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation SPF33 PA++|Raya Glow,Suci Lebaran

Maybelline Fit Me Compact Powder – SPF32, 16H Oil Control Face Powder with Matte Finish, Controls Shine Resists Humidity

Maybelline Fit Me Compact Powder – SPF32, 16H Oil Control Face Powder with Matte Finish, Controls Shine Resists Humidity

⭐⭐ New bedroom bedside lamp with timer function, brightness adjustment,lampu malam creative LED gift

⭐⭐ New bedroom bedside lamp with timer function, brightness adjustment,lampu malam creative LED gift

YSL Yves Saint Laurent Le Cushion Encre De Peau SPF23PA++ (#20) (5g)

YSL Yves Saint Laurent Le Cushion Encre De Peau SPF23PA++ (#20) (5g)

Must Watch Video

Advertisement