Ringkasan AI
- Kim Erick Smith mendakwa mayat anaknya, Christopher Todd, diawet dan dipamerkan di Real Bodies Exhibition, Las Vegas tanpa pengetahuan keluarga.
- Christopher meninggal dunia pada November 2012 akibat keracunan sianida dan mayatnya tidak dipulangkan sehingga kini.
- Kim percaya anatomi di pameran itu adalah mayat anaknya berdasarkan luka dan ciri fizikal yang sepadan.
- Permintaan Kim untuk ujian DNA ke atas badan anatomi tersebut ditolak oleh pihak pameran.
- Sejak April 2025, badan anatomi kontroversi itu telah dialihkan dan tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak pameran.
Seorang wanita yang dikenali sebagai Kim Erick Smith menyorot perhatian ramai apabila mendakwa mayat anaknya telah diawet dan dijadikan sebagai pameran ‘real bodies’ di Real Bodies Exhibition yang terletak di Nevada, Las Vegas tanpa pengetahuan keluarga.
Menerusi Facebook, Kim mendakwa bahawa mayat anaknya yang dikenali sebagai Christopher Todd tidak dipulang kepada keluarga selepas disahkan meninggal dalam keadaan menyayat hati pada November 2012.
Ketika kejadian, Christopher ditemui meninggal dunia di rumah neneknya dan kematiannya dilaporkan berpunca daripada keracunan sianida.
Merasakan ada perkara tidak kena, Kim kemudiannya meminta satu bedah siasat dilakukan ke atas mayat anaknya.
Selepas hampir 10 tahun, mayat Christopher masih tidak dipulangkan atas alasan masih dalam siastan.
Sehinggalah pada tahun 2022, Kim pergi ke sebuah pameran sains dan merasakan satu anatomi yang dilihat di pameran tersebut adalah badan milik mendiang anaknya, Christopher.
Kim mendakwa, terdapat luka dan beberapa tanda tertentu serta ciri fizikal anatomi tersebut memang sepadan dengan badan Christoper.
Kim kemudiannya menuntut agar satu ujian DNA dilakukan ke atas badan anatomi tersebut namun, permintaannya ditolak pihak pengurusan pameran.
Difahamkan juga, anatomi yang menjadi kontroversi itu juga telah dialihkan ke satu tempat yang tidak diketahui sejak April 2025 lalu.
Sehingga ke hari ini, tiada sebarang kenyataan rasmi dibuat pihak pameran muzium dan kes ini masih menjadi tanda-tanya sehinggakan ramai penduduk Las Vegas memberikan sokongan terhadap petisyen dibuat Kim agar satu ujian DNA dilakukan ke atas badan anatomi tersebut.
Sumber: Facebook