Skip to main content
Advertisement

Selebriti

Ibu Elfira Loy Meninggal Dunia

Ibu Elfira Loy Meninggal Dunia

Sekilas

  • Ibu pelakon Elfira Loy, Filzah Yusoff, telah meninggal dunia pada awal pagi Ahad selepas berada dalam keadaan kritikal dan menjalani prosedur intubasi di hospital.
  • Elfira memaklumkan berita sedih ini melalui Instagram Story dan memberitahu jenazah akan dibawa ke Masjid Mukhlisin Alam Damai untuk solat jenazah dan pengebumian selepas solat Zohor.
  • Elfira turut memohon orang ramai mendoakan agar arwah ibunya ditempatkan dalam kalangan orang beriman serta mengucapkan harapan agar keluarga diberikan kekuatan dan kesabaran.
Advertisement

Ibu kepada pelakon, Elfira Loy iaitu Filzah Yusoff dilaporkan telah meninggal dunia pada awal pagi Ahad selepas berada dalam keadaan kritikal dan ditidurkan susulan prosedur intubasi di hospital.

Berita pemergian tersebut dimaklumkan sendiri oleh Elfira atau nama penuhnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 32 menerusi akaun Instagram Story.

Advertisement

“Dengan penuh dukacita, saya ingin memaklumkan bahawa ibu saya, Hajah Filzah binti Yusoff telah kembali ke rahmatullah hari ini.

“Jenazah arwah sedang diuruskan dan akan dibawa ke Masjid Mukhlisin Alam Damai. Waktu solat jenazah dan pengebumian akan dibuat selepas solat Zohor,”tulisnya.

Dalam masa sama, Elfira memohon orang ramai untuk menitipkan doa buat arwah ibunya agar ditempatkan di dalam kalangan orang yang beriman.

“Mohon sedekahkan al-Fatihah dan doakan agar Allah SWT mengampuni segala dosa arwah, menerima amal ibadahnya, melapangkan serta menerangi kuburnya dan menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

“Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan dan kesabaran buat seluruh keluarga,”ujarnya.

Terdahulu, pada 28 Ogos lalu, Elfira memaklumkan ibunya kini sedang menjalani rawatan selepas ditidurkan dan menjalani prosedur intubasi sejak 14 hari lalu.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement