Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada Jumaat menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap Ismanira Abdul Manaf selepas didapati bersalah mengabaikan anaknya, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, dua tahun lalu.
Advertisement
Tertuduh diperintah jalani hukuman penjara serta-merta sementara rayuan penangguhan ditolak oleh mahkamah.
Hukuman itu dibacakan Hakim Dr Syahliza Warnoh selepas mengambil kira rayuan dan hujahan kedua-dua pihak.
Ismanira turut diperintah dua tahun bon berkelakuan baik dengan jaminan sebanyak RM3,000 oleh seorang penjamin warganegara Malaysia.
Dia juga diarah menjalani perintah khidmat masyarakat selama 120 jam yang perlu diselesaikan dalam tempoh enam bulan selepas selesai hukuman pemenjaraan.
Prosiding masih lagi berjalan dengan rayuan dikemukakan pihak pembelaan untuk penangguhan pelaksanaan hukuman pemenjaraan.
 
Sumber: Astro AWANI
 
     
 
                                       
                                       
                                       
                                      