Skip to main content

Selebriti

Ikmal Amry Perjelas Komen 'Buaya' Dengan Jefri Nichol, Anggap Hanya Gurauan Semata-Mata - "Semua Orang Ada Sisi Nakal..."

WhatsApp Image 2026 04 11 at 12.35.46 PM

Sekilas

  • Ikmal Amry jelaskan komen 'buaya' bersama Jefri Nichol hanyalah gurauan untuk elak salah faham negatif.
  • Ikmal minta netizen hentikan perbandingan antara dia dan Jefri supaya tidak menyinggung perasaan kedua-dua pihak.
  • Ikmal terbuka untuk berlakon bersama Jefri dan bakal muncul dalam filem aksi TARUNG: Unforgiven yang akan ditayangkan Mei 2026.

Pelakon, Ikmal Amry tampil menjelaskan bahawa komennya yang tular di Threads bersama pelakon Indonesia, Jefri Nichol yang menyebut dirinya pernah menjadi ‘buaya’ hanyalah sekadar gurauan.

Ikmal atau nama penuhnya Mohd Zulikmal Amry Ghazali berkata, kenyataan tersebut dibuat bagi memastikan Jefri tidak menganggap perkataan itu sebagai sesuatu yang terlalu negatif.

"Sebenarnya saya hanya melayan gurauan dia sahaja. Supaya dia tidak rasa ‘buaya’ itu sesuatu yang terlalu negatif.

"Hakikatnya, semua orang ada sisi itu. Nakal ada, silap ada. Cuma Allah menutup aib kita. Dia pula mungkin lebih terbuka, jadi orang nampak. Jadi apabila saya cakap saya 'buaya', itu hanyalah gurauan antara kami sahaja,"katanya kepada Gempak.

Ikmal berkata demikian Ketika menghadiri majlis rumah terbuka Tarung: Unforgiven yang berlangsung di Banglo 289, Kuala Lumpur pada Jumaat malam.

Dalam masa sama, pelakon filem Tarung: Unforgiven itu turut memohon agar netizen tidak membuat perbandingan antara dirinya dan Jefri kerana bimbang akan mengguriskan perasaan mana-mana pihak.

"Bila terlalu ramai yang DM dan tag, sampai saya terbaca komen yang ada yang sampai menghina dia. Saya rasa perkara ini perlu dihentikan. Sebab ia melibatkan dua negara. Takut apa yang peminat kita cakap itu menyinggung perasaan pihak di sana. Nanti nama kita juga yang terjejas.

"Jadi, saya buat kenyataan itu untuk hentikan perbandingan. Kalau nak bandingkan pun, bandingkan perkara yang baik sahaja. Jangan cakap saya baik, dia buruk. Atau dia buruk, saya baik. Tapi itulah, lagi ramai yang membandingkan. Sedangkan saya sudah pun ‘closure’ dengan dia," ujarnya.

Ikmal turut berkongsi bahawa selepas namanya dikaitkan dengan Jefri, mereka telah berkomunikasi melalui mesej langsung (DM) dan menyifatkan aktor itu sebagai seorang yang santai serta sudah lali dengan kecaman netizen.

"Kami juga sudah berhubung melalui DM. Dia seorang yang santai, dan saya rasa dia sudah biasa menerima kecaman.Saya juga ada mempertahankan dia di media, dan dia turut mengucapkan terima kasih.

"Dia gembira membaca reaksi daripada netizen kita, saya pun sama. Tetapi jangan sampai menghina dia," jelasnya.

Sementara itu, Ikmal mengakui dirinya terbuka untuk berlakon bersama Jefri kerana menyimpan hasrat untuk melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa.

"Itu memang antara doa saya. Saya mahu mengembangkan nama ke arah yang lebih luas ke seberang atau ke mana-mana sahaja. Kalau ini adalah laluan yang ada, saya rasa ini antara peluang terbaik untuk saya ambil,"katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Ikmal bakal tampil dalam filem aksi TARUNG: Unforgiven yang dijadualkan menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 7 Mei 2026.

Selain Ikmal, filem arahan Razaisyam Rashid itu bakal menampilkan gandingan pelakon popular seperti Aedy Ashraf, Zul Ariffin, Mierul Aiman, Amir Ahnaf, Azira Shafinaz, Sharifah Sakinah, Ubai Amir, Sky Iskandar, Bront Palarae Aeril Zafrel dan Theebaan G.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

[BARU RESTOCK] Dr Cardin Drift Ballet Ladies Comfort Sneaker / MaryJanes L-RQA-3826 Kasut Bella Astillah *READY STOCK

[BARU RESTOCK] Dr Cardin Drift Ballet Ladies Comfort Sneaker / MaryJanes L-RQA-3826 Kasut Bella Astillah *READY STOCK

TNW S30 Selfie Stick Tripod 3 in 1 Quadrapod Wireless Selfie Stick Bluetooth Remote 360° Phone Tripod Stand with Light

TNW S30 Selfie Stick Tripod 3 in 1 Quadrapod Wireless Selfie Stick Bluetooth Remote 360° Phone Tripod Stand with Light

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

Must-Watch Video

Advertisement