Skip to main content

Berita

Imam Tiga Masjid As-Syarif Dedah Tun Hasmah Kariah Aktif Masjid - “Beliau Kerap Hadir Program Sejak Lima Tahun Kebelakangan Ini”

Imam Tiga Masjid As-Syarif Dedah Tun Hasmah Kariah Aktif Masjid - “Beliau Kerap Hadir Program Sejak Lima Tahun Kebelakangan Ini”

Sekilas

  • Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali aktif sebagai kariah di Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah sejak lima tahun lalu dan sering menghadiri program masjid.
  • Masjid As-Syarif menguruskan solat jenazah beliau dengan penuh tanggungjawab sebagai ahli kariah, walaupun tidak menjangka kehadiran ramai orang ramai.
  • Dr Hasmah meninggal dunia pada usia 100 tahun dan jenazahnya disemadikan di Pusara Negarawan, Putrajaya pada hari yang sama.
Advertisement

Imam Tiga Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah iaitu Dzulhayah Wahab memaklumkan Allahyarhamah Tun Dr Hasmah Mohamad Ali merupakan antara kariah yang aktif di masjid berkenaan sejak kira-kira lima tahun lalu.

Menurut Dzulhayah, Dr Hasmah juga sering menghadiri program-program yang dianjurkan masjid.

Advertisement

"Sejak lima tahun kebelakangan ini, beliau kerap menghadiri program kami, termasuk majlis berbuka puasa serta solat tarawih, jadi beliau rapat dengan AJK (Ahli Jawatankuasa) masjid.

"Beliau sudah seperti kawan yang mesra kepada kami. Mungkin sebab itu masjid ini dipilih untuk diadakan solat jenazahnya," katanya ketika ditemui di masjid berkenaan, hari ini.

Sementara itu, Timbalan Nazir Masjid As-Syarif, Mohamad Reduan Mohamad Daud berkata, pihaknya cuba melakukan yang terbaik bagi menunaikan tanggungjawab fardu kifayah dalam mengurus solat jenazah Dr Siti Hasmah.

Advertisement

"Beliau selaku ahli kariah di masjid ini, jadi kami cuba buat yang terbaik. Sekiranya ada kekurangan daripada pihak masjid, kami minta maaf.

"Sejujurnya, kita tidak meletakkan sebarang harapan daripada orang ramai apabila masjid ini menjadi tumpuan.

"Niat kami ikhlas menyelesaikan urusan jenazah beliau selaku kariah masjid," katanya.

Dalam pada itu, Dzulhayah menyifatkan kehadiran orang ramai yang hadir memberi penghormatan terakhir buat Dr SHasmah sebagai satu perkara luar biasa dan di luar jangkaan.

"Kita tahu beliau bukan calang-calang orang, boleh dikatakan sebagai 'ibunda' negara. Rasanya ramai lagi yang mahu hadir, namun disebabkan kekangan masa serta tempat ini yang sempit mungkin mengehadkan pergerakan.

"Namun, jumlah yang hadir pun sudah dikira ramai. Ia (jumlah kehadiran yang ramai) rezeki buat beliau," katanya.

Terdahulu, Dr Hasmah disahkan menghembuskan nafas terakhir pada usia 100 tahun di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada 9.20 pagi Isnin.

Jenazah Allahyarhamah kemudiannya selamat disemadikan di Pusara Negarawan, Presint 20, Putrajaya kira-kira jam 6 petang hari yang sama.

Sumber: Harian Metro

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement