Skip to main content

Selebriti

Impian Jadi Kenyataan, Marsha Milan Akui Pernah Simpan Hasrat Berduet Dengan Ungu - “Dalam Hati Saya Sempat Terfikir…”

Impian Jadi Kenyataan, Marsha Milan Akui Pernah Simpan Hasrat Berduet Dengan Ungu - “Dalam Hati Saya Sempat Terfikir…”

Sekilas

  • Marsha Milan akan menjadi artis jemputan khas dalam konsert 'Ungu 3 Dasawarsa: Special Night in Kuala Lumpur' pada 5 September 2026 di Idea Live Arena.
  • Konsert ini menandakan ulang tahun ke-30 kumpulan Ungu dan akan menampilkan lagu-lagu popular serta sebuah lagu baharu yang akan dipersembahkan buat pertama kali.
  • Marsha berkongsi bahawa persembahan ini bukan sekadar nyanyian, tetapi pengalaman penuh emosi dan kenangan yang mengimbau nostalgia bersama peminat muzik Nusantara.
Advertisement

Peluang untuk berkongsi pentas bersama kumpulan legenda Indonesia, Ungu, sempena konsert 'Ungu 3 Dasawarsa: Special Night in Kuala Lumpur'  bukan sekadar undangan persembahan buat penyanyi, Marsha Milan, sebaliknya menjadi detik yang cukup bermakna dalam perjalanan seninya.

Bakal berlangsung pada 5 September 2026 di Idea Live Arena, konsert bersempena sambutan tiga dekad perjalanan seni Ungu itu bakal menyaksikan Marsha sebagai artis jemputan khas, sekali gus menjanjikan sebuah kolaborasi yang dinanti-nantikan oleh peminat muzik Nusantara.

Advertisement

Mengimbau detik menerima pelawaan untuk menyertai konsert tersebut, Marsha mengakui dia tidak menyangka hasrat yang pernah terlintas di fikirannya menjadi kenyataan.

"Sejujurnya, bila Abang Pasha datang membuat persembahan di GV baru-baru ini, saya ada di sana. Dalam hati saya sempat terfikir, 'Bestnya kalau satu hari nanti dapat berkongsi pentas dan berduet dengan Abang Pasha.' 

“Jadi apabila saya menerima tawaran ini, saya rasa sangat gembira. Rasa macam angan-angan kecil yang saya simpan dalam diam akhirnya menjadi kenyataan," kongsinya.

Bagi Marsha, persembahan pada malam itu bukan sekadar mengenai nyanyian, sebaliknya sebuah pengalaman yang ingin dikongsi bersama para penonton menerusi penceritaan, emosi dan kenangan yang dibawa oleh setiap lagu.

"Apa yang penonton boleh jangkakan daripada saya ialah sebuah persembahan yang penuh dengan penceritaan dan emosi, disertai momen-momen ‘sing-along’ yang pasti mengimbau nostalgia. Insya-Allah, saya harap semua orang dapat menikmati setiap detik persembahan bersama. 

“Walau apa pun, fokus utama kita termasuk saya sendiri adalah untuk benar-benar menikmati konsert ini dan mengimbau kembali kenangan melalui lagu-lagu hebat yang akan dipersembahkan oleh Ungu," ujarnya.

Berkongsi hubungan peribadinya dengan karya-karya Ungu, Marsha berkata hampir setiap lagu kumpulan tersebut mempunyai cerita dan memori tersendiri buat para pendengar.

"Kalau sebut sahaja lagu-lagu Ungu, memang terus teringat memori. Ramai yang menjadikan lagu mereka sebagai lagu tema perkahwinan, lagu putus cinta, atau teman ketika melalui pelbagai fasa kehidupan. Saya yakin ramai yang pernah ketawa, menangis dan menyanyi bersama lagu-lagu mereka. Saya sendiri pun begitu," katanya.

Menurut Marsha, inilah yang menjadikan konsert ulang tahun ke-30 Ungu begitu istimewa kerana ia bukan sekadar meraikan perjalanan sebuah kumpulan muzik, tetapi turut menghimpunkan kenangan yang telah dikongsi bersama jutaan peminat selama lebih tiga dekad.

Selain membawakan rangkaian lagu-lagu popular, Ungu turut bakal memberikan kejutan istimewa menerusi persembahan sebuah lagu baharu buat pertama kali di konsert ini.

Momen eksklusif tersebut pastinya menjadi antara tarikan utama buat peminat, sekali gus meraikan perjalanan tiga dekad Ungu dalam industri muzik sambil memperlihatkan evolusi muzik mereka yang terus relevan merentasi generasi.

Anda mungkin berminat dengan

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

Arai Quantic Dark Citizen

Arai Quantic Dark Citizen

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

Must Watch Video

Advertisement