Skip to main content

Selebriti

Imranul Effendy Terkejut Terima Pujian Selepas 'Jodoh Lebaran' Tular - “Ada Yang Doakan Saya Jadi Seperti Remy Ishak”

WhatsApp Image 2026 03 12 at 5.08.05 PM (1)

Sekilas

  • Imranul Effendy kini semakin dikenali selepas menjadi talent dalam MV lagu raya Aisha Retno, Jodoh Lebaran, yang tular di media sosial.
  • Walaupun tiada asas tarian tradisional, Imranul berusaha keras menghafal dan menampilkan elemen kemelayuan dalam tarian tersebut.
  • Imranul terbuka untuk bekerjasama dengan artis lain, terutama dalam projek lakonan aksi dan romantik, sambil terus mengembangkan bakatnya.

Bermula daripada panggilan rakan untuk menjadi salah seorang talent, nama personaliti media sosial, Imranul Effendy kini semakin mendapat perhatian selepas lagu raya penyanyi, Aisha Retno berjudul Jodoh Lebaran tular di media sosial.

Menurut Imranul, dia sangat gembira apabila lagu tersebut menerima sambutan yang amat baik daripada pendengar. Malah, dia mengakui terkejut dengan pujian yang diterimanya sehingga ada yang mendoakan agar dia menjadi seperti pelakon, Remy Ishak.

“Saya dapat panggilan daripada kawan untuk jadi talent dalam MV Aisha Retno. Saya sangat gembira sebab dapat maklum balas yang positif. Saya tak sangka ramai yang menerima kehadiran saya dalam MV itu.

“Ada juga yang DM saya dan cakap mereka bangga dengan saya, siap doakan supaya saya boleh jadi seperti Remy Ishak,” katanya kepada Gempak.

Dalam masa sama, Imranul turut memuji keperibadian Aisha yang disifatkannya sebagai seorang yang baik hati, peramah dan mudah didekati.

Menurutnya, dia juga terharu apabila Aisha sering memberikan kata-kata semangat kepadanya, terutamanya ketika dia kerap melakukan kesilapan semasa sesi latihan.

“Dia seorang yang sangat baik dan peramah. Kami sangat berseronok sepanjang penggambaran. Dia pernah menenangkan saya dan memberi kata-kata semangat semasa rehearsal sebab saya banyak buat kesilapan dan tak hafal langkah tarian,” ujarnya.

Imranul yang terkenal dengan tarian dangdut di TikTok turut mengakui dia sedikit sukar untuk menghafal tarian tradisional memandangkan dia tidak mempunyai asas dalam tarian tersebut.

“Saya memang tiada asas menari tarian tradisional, tetapi saya ada keyakinan kerana saya penari bebas hip hop. Kali terakhir saya menari pun semasa zaman sekolah, jadi agak sukar untuk saya menukar kepada langkah tarian tradisional.

“Tarian tradisional lebih strict kerana ada bentuk dan lenggoknya yang tersendiri, sebab itu agak sukar untuk dihafal. Namun, saya cuba menampilkan tarian tradisional sebagai lelaki Melayu dan pada masa sama menjaga elemen kemelayuan itu.

“Kami membuat rehearsal selama dua hari secara berkumpulan dan dua hari lagi saya berlatih sendiri,” jelasnya.

Sementara itu, Imranul turut berkata dia juga terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana artis, terutamanya dalam projek lakonan aksi atau romantik.

“Saya terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana artis bagi kembangkan lagi bakat. Saya juga baru sahaja selesai penggambaran beberapa karya.

“Saya memang minat genre romantik dan aksi, itu yang saya impikan. Dapat atau tidak, itu cerita kemudian,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

6 pek Popi Tisu Gantung 4 Lapisan 4 ply Air Cushion Tissues

6 pek Popi Tisu Gantung 4 Lapisan 4 ply Air Cushion Tissues

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

Must-Watch Video

Advertisement