Skip to main content

Berita

Individu Dakwa Diganggu Abang Ipar Ketika Kakak Keluar Bekerja, Mengaku Pernah Terlanjur - “Tipulah Tak Ada Nafsu…”

ABANG IPAR

Seorang pengguna media sosial menarik perhatian ramai selepas berkongsi pengalaman peribadi yang didakwa membabitkan gangguan daripada abang iparnya sendiri.

Menurut individu tersebut, gangguan itu berlaku ketika mereka tinggal serumah dengan pasangan suami isteri berkenaan.


“Korang ada ke pengalaman duduk serumah dengan abang ipar? Sebab selepas kakak saya pergi kerja, abang ipar akan selalu text saya meskipun tiada perkara penting nak cakap.

“Hari tu dia pernah pakai boxer dekat ruang tamu masa saya nak pergi toilet tengah malam dan paling takut dia macam nak cuba pancing saya,” kongsinya di platform Thread.

Individu tersebut turut berkongsi tangkap layar perbualan WhatsApp yang didakwa daripada abang iparnya.



Lebih mengejutkan, individu itu mengakui mereka pernah “terlanjur” dan mengakui kini berdepan perasaan bersalah terhadap kakaknya.

“Salah ke kalau tersuka dekat abang ipar sendiri? Tak nak bukak aib tapi kalau dah pernah terlanjur dengan dia macam mana. Tipulah tak ada nafsukan, dua-dua tak boleh kawal.

“Harap kakak saya tak tahu. Saja nak meluah sebab nak buang perasaan ini,” tambahnya. 

Kisah yang dimuat naik di platform Threads itu mencetuskan perbualan hangat dalam kalangan warganet yang bimbang dengan situasi yang diceritakan.


 

Must-Watch Video

Advertisement