Sekilas
- Datuk Seri Bung Moktar Radin, Pengerusi Barisan Nasional Sabah, meninggal dunia awal pagi Jumaat akibat kegagalan buah pinggang di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu.
- Seorang individu berkongsi pengalaman mendapat bantuan kewangan daripada arwah untuk menampung yuran pengajian sehingga berjaya menamatkan PhD.
- Berita pemergian arwah dikongsi oleh anaknya di Facebook, dan ramai pemimpin serta kenalan hadir memberi sokongan di hospital.
Awal pagi Jumaat, arena politik tanah air dikejutkan dengan berita pemergian Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabar, Datuk Seri Bung Moktar Radin.
Pemergiannya itu turut dirasai rakyat yang rata-ratanya membuka semula kebaikan yang pernah dilakukan arwah.
Terbaharu, seorang invidiu menyorot perhatian apabila berkongsi kebaikan arwah Bung yang membantu dirinya melunaskan bayaran yuran pelajaran empat tahun lalu.
“Aku antara yang pernah dibantu beliau. Kebetulan waktu itu terserempak dengan arwah di KLIA waktu dia nak terbang pulang ke Sabah pada tahun 2021.
“Waktu itu aku tak cukup duit nak bayar yuran, aku tebalkan muka tanya dia boleh tak nak minta duit sikit untuk tambah bayar yuran.
“Dia terus bagi on the spot dan siap pesan pada aku untuk belajar rajin-rajin,” kongsinya.
Tambah individu itu lagi, bantuan kewangan yang diberikan Bung itu sedikit sebanyak telah membantunya menamatkan pengajiannya di peringkat Doktor Falsafah (PhD).
“Alhamdulillah, aku dah grad PhD aku. Aku juga ada maklumkan pada arwah melalui WhatsApp yang aku dah tamat pengajian dan dia cakap Alhamdulillah.
“Arwah sebenarnya seorang yang soft spoken. Semoga Allah sentiasa merahmati roh arwah,” ujarnya.

Terdahulu, Datuk Seri Bung Moktar Radin menghembuskan nafas terakhir sekitar 1.46 pagi tadi di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu.
Berita sedih pemergian Ahli Parlimen Kinabatangan itu dikongsi anak Allahyarham, Naim Kurniawan Moktar di Facebooknya.
Difahamkan, Allahyarham menghadapi kegagalan buah pinggang dan dimasukkan ke hospital sejak pagi Khamis.
Selain ahli keluarga, pemimpin politik dan rakan kenalan beliau turut berada di hospital itu sejak berita beliau dimasukkan ke hospital tersebar lewat petang semalam.
Sumber: TikTok