Sekilas
- Sepupu Idaman Hati mengisahkan Amylia yang kembali ke Kuala Selangor dan menghadapi konflik cinta serta rahsia keluarga yang semakin rumit.
- Drama ini menampilkan watak Fira yang kelihatan sempurna tetapi menyimpan rahsia, serta kemunculan lelaki dari masa lalu yang menambah ketegangan cerita.
- Penonton boleh menikmati tawaran KFC Jimat Padu dengan kod promo RM11 OFF yang muncul sepanjang drama, sesuai untuk gaya hidup anak muda yang sibuk.
Kisah cinta yang rumit, rahsia yang mengejutkan dan watak yang penuh muslihat! Sepupu Idaman Hati menjanjikan pelbagai konflik yang membuatkan penonton tertanya-tanya apa yang bakal berlaku seterusnya!
Mengisahkan Amylia yang terpaksa kembali ke Kuala Selangor selepas gagal dalam pengajiannya di Australia, microdrama ini membawa penonton menyelami kisah cinta yang rumit, konflik keluarga dan rahsia yang perlahan-lahan terbongkar.
Lebih menarik, ada tawaran KFC termasuk Nasi Original Recipe Padu dan Crispy Fillet Burger yang yang boleh direbut menerusi kod promo yang ditampilkan sepanjang drama ini.
Jadi, selain mengikuti perkembangan kisah Amylia dan Mateen, penonton juga berpeluang menikmati penjimatan untuk pesanan KFC!
Nak tahu apa yang membuatkan Sepupu Idaman Hati menarik untuk diikuti? Ini lima sebabnya:
1. Cinta Yang Bermula Dengan Usikan, Tapi Makin Lama Makin Berbeza!
Siapa sangka hubungan yang bermula dengan usikan kecil boleh bertukar menjadi perasaan yang lebih mendalam?
Kepulangan Amylia ke Kuala Selangor menemukan dia semula dengan Mateen, anak Mak Long Mai yang sudah dikenalinya sejak kecil. Namun, Mateen yang dahulu rapat dengannya kini lebih pendiam dan pemalu.
Semakin mereka meluangkan masa bersama, semakin Amylia menyedari bahawa perasaannya terhadap Mateen mungkin bukan sekadar hubungan seperti yang dikenalinya selama ini.
Masalahnya, Mateen sudah dirancang untuk dijodohkan dengan Fira, bekas rakan sekuliahnya yang cantik, rajin dan cemerlang.
Kalau kisah cinta yang penuh debaran menjadi pilihan, hubungan Amylia dan Mateen pastinya antara yang menarik untuk diikuti!
Nak tahu bagaimana kisah mereka bermula? [Nikmati kisah Sepupu Idaman Hati di sini].
2.Fira Nampak Sempurna, Tapi Ada Rahsia Yang Disembunyikan!
Jangan mudah percaya pada apa yang nampak di depan mata! Fira dilihat sebagai wanita yang cantik, rajin dan cemerlang. Malah, dia mendapat simpati orang sekeliling kerana dipercayai menjadi mangsa penderaan ibu tirinya, Mak Uda.
Namun, pandangan Amylia terhadap Fira mula berubah apabila dia sendiri menyaksikan sesuatu yang bertentangan dengan cerita yang selama ini dipercayai orang kampung.
Apabila Amylia cuba membongkar kebenaran, Fira bijak memutarbelitkan keadaan sehingga orang lain terus mempercayainya.
Mampukah Amylia membuktikan perkara sebenar sebelum semuanya terlambat? Atau Fira akan terus berjaya menyembunyikan rahsianya?
Nampaknya, bukan semua yang kelihatan sempurna itu benar-benar seperti yang disangka!
3.Fitnah, Cemburu dan Kemunculan Lelaki Dari Masa Lalu Buat Konflik Makin Rumit!
Kalau disangka Sepupu Idaman Hati sekadar kisah cinta biasa, ternyata ada lebih banyak konflik yang menanti!
Hubungan Amylia dan Mateen mula diuji apabila Fira semakin cemburu melihat mereka semakin rapat. Keadaan bertambah rumit apabila Johnny, lelaki dari masa lalu Amylia di Australia, muncul semula di Kuala Selangor.
Kehadirannya membuka semula pengalaman pahit yang pernah dilalui Amylia. Dalam masa yang sama, Fira mula menyebarkan fitnah sehingga Amylia terpaksa berdepan dengan pandangan buruk penduduk kampung.
Segala-galanya menjadi semakin tegang apabila kebenaran mula dicari, rahsia demi rahsia terbongkar dan kepercayaan orang sekeliling mula diuji.
Mampukah Amylia menghadapi semua dugaan ini? Dan adakah Mateen akan terus berada di sisinya ketika keadaan semakin sukar?
Dengan konflik yang saling berkait, kisah mereka bukan sekadar tentang cinta, tetapi juga keberanian untuk mencari kebenaran.
4.Sambil Ikuti Drama, Boleh Rebut Kod Promo KFC RM11 OFF!
Ini bahagian yang jangan terlepas pandang!
Sepanjang Sepupu Idaman Hati, kod promo KFC turut ditampilkan dalam episod-episod berlainan.
Jadi, selain mengikuti perkembangan hubungan Amylia dan Mateen, penonton juga boleh memerhatikan kemunculan kod tersebut untuk menikmati tawaran menarik daripada KFC.
Lebih menarik, gunakan kod promo KFC dan nikmati RM11 OFF untuk keseluruhan pembelian anda!
Tawaran ini sah dari 15 Oktober 2026 hingga 30 November 2026 dan boleh ditebus melalui aplikasi KFC serta laman web KFC, tertakluk pada terma dan syarat yang ditetapkan.
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menikmati penjimatan ini! Pastikan kod promo yang betul digunakan ketika membuat pesanan.
5.KFC Jimat Padu Memang Kena Dengan Gaya Hidup Anak Muda!
Bila sibuk dengan kelas, tugasan atau kerja, mencari hidangan yang praktikal dan berbaloi dengan bajet memang penting.
Sebab itulah KFC memperkenalkan KFC Jimat Padu dengan pilihan hidangan yang sesuai serendah RM6.99 untuk melengkapi rutin harian.
Antara pilihan yang ditawarkan ialah:
- Nasi Original Recipe™️ Padu
Untuk penggemar hidangan nasi, pilihan ini sesuai dipertimbangkan ketika mencari sesuatu untuk mengisi perut di tengah-tengah hari yang sibuk.
- Crispy Fillet Burger
Bagi yang lebih gemarkan burger yang mudah dinikmati ketika bergerak dari satu tempat ke tempat lain, Crispy Fillet Burger pula boleh menjadi pilihan.
Dengan konsep ‘Lagi Jimat, Lagi Padu’, KFC Jimat Padu mengetengahkan pilihan hidangan yang praktikal untuk gaya hidup anak muda yang sentiasa bergerak.
Lebih-lebih lagi apabila ada kod promo tersembunyi, pesanan boleh dirancang dengan lebih bijak apabila memenuhi minimum pembelian yang ditetapkan.
Apa yang penting, nikmati hidangan mengikut selera dan bajet masing-masing!
Sepupu Idaman Hati dan KFC Jimat Padu - Lagi Jimat, Lagi Padu!
Daripada kisah cinta Amylia dan Mateen yang semakin berputik hinggalah rahsia Fira yang menunggu masa untuk terbongkar, Sepupu Idaman Hati menawarkan pelbagai konflik yang membuatkan kisah ini menarik untuk diikuti.
Pada masa yang sama, penonton boleh menikmati tawaran istimewa KFC dan mendapatkan RM11 OFF bagi keseluruhan pembelian.
Jangan lupa perhatikan kod promo yang muncul sepanjang drama dan rebut peluang untuk berjimat ketika membuat pesanan melalui saluran yang layak.
Nikmati kisah Sepupu Idaman Hati, rebut tawaran KFC Jimat Padu dan rasai sendiri pengalaman Lagi Jimat, Lagi Padu!