Skip to main content

Selebriti

“Ini Akan Jadi Kali Pertama & Terakhir Saya Bangkitkan Isu Ini” - Tracie Sinidol

“Ini Akan Jadi Kali Pertama & Terakhir Saya Bangkitkan Isu Ini” - Tracie Sinidol

Sekilas

  • Pelakon Tracie Sinidol tampil beri teguran terbuka selepas namanya sering dikaitkan dengan perkara yang tidak dilakukannya.
  • Dia menegaskan kebisuannya bukan bermaksud mengaku salah, tetapi memilih untuk tidak menjelaskan perkara yang tiada kaitan dengannya.
  • Tracie mengingatkan orang ramai supaya tidak cepat membuat andaian dan berhati-hati dalam bercakap mengenai orang lain.
Advertisement

Tidak mahu lagi terkait dengan mana-mana spekulasi atau andaian yang salah, pelakon, Tracie Sinidol tampil memberi teguran terbuka kepada orang ramai.

Menerusi perkongsian di Threads, Tracie,25 menjelaskan teguran tersebut dibuat selepas namanya sering dikaitkan dengan situasi atau perkara yang tidak dilakukannya.

Advertisement

Menurut Tracie, dia berusaha sehabis baik untuk tidak terlibat dalam mana-mana perselisihan faham mahupun sebarang kontroversi, namun dia amat kecewa apabila namanya tetap menjadi sebutan ramai.

“Saya sentiasa memilih untuk berdiam diri setiap kali ada spekulasi salah mengenai diri saya sebab saya percaya tidak semua perkara memelukan penjelasan. Tetapi bila perkara yang sama kerap berlaku dan nama saya sering dikaitkan dengan situasi yang tiada kaitan dengan saya, ia sudah sampai masanya untuk berhenti.

“Saya bekerja keras untuk kekalkan ketenangan saya dan memilih untuk menjauhi dari drama yang tidak penting. Jadi, sejujurnya ia sangat mengecewakan apabila saya dinilai dengan perkara yang tiada kaitan dengan saya,”tulisnya.

Advertisement

Tanpa memperincikan identiti atau perkara yang sebenar, juara dewi remaja 2022 itu berpesan kepada orang ramai agar tidak cepat menilai seseorang dan terlalu mempercayai perkara yang belum pasti kesasihannya.

“Peringatan mesra untuk semua, bukan semua benda yang awak dengar itu betul dan bukan semua cerita yang awak dengar itu hadir dengan gambar yang menyeluruh. Sebelum buat sebarang andaian atau menilai seseorang, tolong ingat yang kata-kata awak boleh beri kesan pada seseorang lebih dari apa yang awak bayangkan,”katanya lagi.

Ujarnya lagi, kebisuannya selama ini bukan bermaksud dia mengakui kesilapan tersebut, sebaliknya dia tidak mahu menjelaskan perkara yang tiada kaitan dengan dirinya.

“Kebisuan saya bukan bermaksud saya bersalah, saya cuma memilih untuk tidak menjelaskan diri saya atas perkara yang saya tidak lakukan. Ini akan jadi kali pertama dan terakhir saya bangkitkan perkara ini. Saya tahu siapa diri saya dan saya sedang berdamai dengannya.

“Apa yang saya mahu adalah untuk orang ramai berhenti kaitkan nama saya dengan perkara yang saya tidak terlibat dan berhati-hati bila bercakap mengenai orang lain. Kamu tidak perlu tahu cerita seseorang tetapi awak perlu ada kesedaran untuk tidak tulis sesuatu yang buruk mengenai diri sesiapa,”kongsinya.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement