Skip to main content

Viral

Insiden Viral Ibu Marah Anak Ambil Lauk, Undang Pelbagai Reaksi Netizen - “Macam Batu Belah Batu Bertangkup”

ibu_burnout

Baru-baru ini tular di media sosial sepotong video memaparkan seorang wanita mengamuk di sebuah medan selera yang dipenuhi orang ramai. Difahamkan, insiden itu berpunca daripada tindakan anak-anaknya yang menjamah lauk kegemarannya.

Wanita bertudung dan berbaju putih itu dilihat memarahi dua anaknya yang sedang duduk di meja makan. 

Advertisement

“Dah lah susah nak dapat, ini kan mak dah cakap ini mak punya,” tutur wanita berkenaan sambil mencampakkan bekas makanan tersebut sebelum berlari meninggalkan kawasan medan selera. Kedua-dua anaknya kemudian dilihat cuba mengejarnya.

 

Video berkenaan mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warganet. Ada yang bersimpati dan memahami keadaannya, tidak kurang juga yang menilai dari sudut disiplin anak-anak.

Antara komen yang menarik perhatian termasuk, “Mak tu mungkin penat dan dah pesan banyak kali. Bukan berkira dengan anak-anak, tapi makanan tu susah nak dapat. Mungkin nak makan sama-sama nanti. Kita tak tahu apa yang dia tanggung sampai nampak macam burn out.”

Ada juga yang menulis, “Ni bukan isu makanan tapi isu hormat pada mak. Anak-anak kena belajar dengar cakap mak. Cuma mungkin tak sesuai ditegur di depan orang ramai.”

Seorang lagi pengguna turut memberi pandangan, “Kalau dah beli untuk anak-anak, pastilah bila giliran mak nak makan tapi dah habis dimakan, perasaan tu memang kecewa. Mungkin mak tu terlalu penat dan lapar, saya faham.”

Turut dikongsikan, “Anak-anak memang perlu diajar jangan ambil makanan orang lain tanpa izin, walaupun mak sendiri. Supaya bila besar nanti tak hilang rasa hormat atau bersalah.”

Insiden ini turut membuka perbincangan lebih luas tentang tekanan hidup yang dihadapi ibu bapa masa kini. 

Seperti yang dihuraikan oleh Hairunnisa Ibrahim, penulis dan pensyarah di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, dalam artikelnya The Quiet Struggles of Parenting in Malaysia: When Love Meets Life’s Harsh Realities, ramai ibu bapa di Malaysia bergelut secara senyap dengan tekanan kewangan, keletihan emosi dan jangkaan sosial yang tinggi.

Antara punca utama termasuklah kos hidup yang semakin meningkat, masalah kesihatan mental, cabaran dunia digital serta budaya yang masih menuntut wanita menjadi 'ibu sempurna'.

Menariknya, insiden ini seakan mencerminkan tema yang bakal diangkat dalam naskhah drama terbaharu Hikayat Batu Belah Batu Bertangkup yang akan mula ditayangkan di Astro Prima dan Astro Ceria bermula 14 November 2025.

Drama yang diinspirasikan daripada kisah rakyat klasik ini menampilkan barisan pelakon hebat termasuk Alif Satar, Diana Danielle, Fimie Don, Arabella Ellen, Elly Mazlein, Bell Ngasri, Niezam Zaidi dan Ezzanie Jasny yang menelusuri kisah kasih, pengorbanan dan tekanan seorang ibu yang tidak difahami.

Must-Watch Video

Advertisement