Skip to main content

Selebriti

Insomniacks & Yonnyboii Suarakan Perasaan Terpendam Dalam 'Bersuara', Terinspirasi Dari Luahan Peribadi

insomniaacks yonnyboi

Sekilas

  • Insomniacks dan Yonnyboii lancar single terbaru berjudul "Bersuara" yang menampilkan bunyi lebih berat dan mesej tentang keberanian bersuara serta mempertahankan harga diri.
  • Lagu ini lahir daripada pengalaman rasa tidak didengari dan bertujuan memberi ruang selamat untuk meluahkan emosi serta menentang penindasan dan buli.
  • "Bersuara" kini boleh didengarkan di semua platform penstriman digital mulai 6 Februari 2026.

Band popular tempatan insomniacks kembali dengan sebuah single terbaharu berjudul “Bersuara”, hasil kolaborasi bersama Yonnyboii.

Lagu ini menandakan satu fasa baharu buat kedua-dua artis, bukan sahaja dari sudut bunyi yang lebih berat dan agresif, malah dari segi mesej yang dibawa, tentang keberanian untuk menyuarakan perasaan dan mempertahankan harga diri.

Menurut insomniacks, lagu ini tercetus daripada perasaan apabila pandangan dan suara seseorang seakan-akan diketepikan.

“Lagu ini tentang berdiri untuk diri sendiri, terutama apabila berdepan dengan penindasan atau buli. Ia tentang tahu nilai diri dan berani bersuara,” jelas mereka.

Dari sudut muzik, 'Bersuara' menampilkan sisi lebih ‘heavy’ dan gritty, berbeza daripada identiti balada yang sering dikaitkan dengan insomniacks sebelum ini.

Kolaborasi bersama Yonnyboii pula menjadi nadi utama kepada keseluruhan lagu.

“Yonny ialah jiwa kepada lagu ini. Dia menulis hook dan membawa satu energi yang mentah dan berani. Dia tambah ‘grittiness’ yang menjadikan ‘Bersuara’ lebih hidup,” kata insomniacks.

Bagi Yonnyboii, “Bersuara” merupakan luahan peribadi dan membawa makna yang mendalam buat dirinya.

“Lagu ni terhasil bila saya rasa saya tak didengari oleh sekelompok orang. Jadi saya buat lagu ni sebagai satu keyakinan untuk bersuara tentang apa-apa kesusahan yang saya lalui.

“Lagu ni tentang meluahkan apa yang kita pendam. Kalau simpan, sakit dia lagi dalam. Jadi bersuara je,” katanya jujur.

Melalui 'Bersuara', insomniacks dan Yonnyboii berharap lagu ini dapat memberi impak kepada pendengar hari ini, menjadi ruang selamat untuk meluahkan emosi dan sebagai peringatan tegas terhadap isu buli.

'Bersuara' kini boleh didengarkan di semua platform penstriman digital pada 06 Februari 2026.

Anda mungkin berminat dengan

POP MART CRYBABY Pendant

POP MART CRYBABY Pendant

Medicube Toner Pad Set

Medicube Toner Pad Set

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Must-Watch Video

Advertisement