Sekilas
- Datin Intan Najuwa memilih untuk 'cut off' atau putus hubungan dengan individu yang bersifat toksik demi menjaga ketenangan hidupnya.
- Dia menegaskan pentingnya berhati-hati dalam memilih rakan supaya tidak membiarkan orang yang berniat jahat masuk dalam hidup dan keluarganya.
- Intan menjelaskan tindakan ini bukan kerana sombong, tetapi untuk melindungi keluarganya daripada fitnah dan kebencian.
Pelakon, Datin Intan Najuwa memilih pendekatan ‘cut off’ atau tidak lagi berkawan dengan individu yang memiliki perangai toksik.
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Intan berkata dia amat berhati-hati dalam memilih rakan terdekat demi menjaga ketenangan dan kesejahteraan keluarganya.
“Hidup ini mudah sahaja sebenarnya. Bila orang dah benci, suka fitnah dan cakap benda yang bukan-bukan pasal kita, tak payah nak pening kepala. Cut off terus.
“Kena pilih dengan siapa kita berkawan. Bukan semua orang saya bagi masuk dalam hidup,”tulisnya.
Intan berkata demikian selepas seorang netizen bertanya padanya bagaimana cara dia mengendalikan individu toksik yang suka menyebarkan kebencian dan fitnah.
Menurutnya lagi, pendekatan tersebut bukanlah kerana dia terlalu bangga diri atau sombong, sebaliknya Intan mahu melindungi keluarganya daripada niat-niat jahat manusia.
“Bukan sebab sombong atau rasa diri bagus tetapi sebab saya terlalu menjaga keluarga saya.
“Saya tak bagi masuk orang yang ada niat tak baik untuk access masuk hidup saya terutama keluarga.
“Ketenangan keluarga lebih penting daripada jaga hati orang. Pada akhirnya, tak semua orang boleh duduk dengan saya dan saya okay sahaja dengan perkara itu,”ujarnya