Skip to main content

Selebriti

Irene Sofiya Pelajar Terbaik Sekolah, Berpotensi Raih 'Straight A' SPM

Irene Sofiya Pelajar Terbaik Sekolah, Berpotensi Raih 'Straight A' SPM

Sekilas

  • Seorang pelajar Tingkatan Empat ditemui maut dengan kesan kecederaan dipercayai dibunuh di dalam dewan sekolah di Yong Peng semalam.
  • Rakan sekelas dan guru tidak menyangka kejadian itu kerana mangsa adalah pelajar cemerlang dan aktif dalam aktiviti sekolah.
  • Mangsa tinggal bersama nenek selepas ibu meninggal dunia, dan ditemui oleh nenek serta rakannya selepas tidak pulang dari kelas tambahan.
Advertisement


"Ketika kelas tambahan berlangsung (semalam), dia tiada dalam kelas. Kami sangkakan dia tidak hadir kerana tidak sihat," kata rakan sekelas kepada pelajar Tingkatan Empat yang ditemui maut dipercayai dibunuh di sebuah sekolah menengah di Yong Peng, semalam.

Rakan mangsa berusia 16 tahun itu berkata, seorang guru ada bertanyakan arwah tetapi mereka tidak mengetahui punca ketidakhadirannya.

Advertisement

"Saya pun baru mendapat tahu arwah tidak pulang ke rumah. Jadi ketika itu, saya tiada fikir ada perkara yang bukan-bukan berlaku terhadapnya.

"Sebelum itu, ada pelajar perempuan mengesyaki sesuatu tetapi mereka tidak memberitahu lanjut," katanya ketika ditemui.

Bagaimanapun, katanya, seorang guru ada menghubungi setiap pelajar selepas maghrib, serta bertanyakan waktu kelas tambahan bermula dan berakhir, semalam.

Advertisement

"Saya pelik dan bertanya hal itu kepada guru. Guru terbabit akhirnya memberitahu sesuatu 'buruk' telah berlaku di sekolah ketika itu.

"Saya terkejut dan tidak menjangka kejadian itu boleh berlaku," katanya.

Menurutnya lagi, arwah adalah antara pelajar terbaik di sekolah itu dan berpotensi meraih semua A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun depan.

"Dia fokus dalam pembelajaran dan aktif dalam aktiviti sekolah. Kerana itulah, kami seperti tidak percaya apa yang berlaku terhadapnya.

"Kami masih terbayang wajahnya dan tidak sangka akan kehilangannya," katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang semalam, pelajar perempuan itu dijumpai maut dengan kesan kecederaan pada badan, dipercayai dibunuh di dalam dewan sekolahnya.

Mangsa ditemui nenek dan rakannya yang datang ke sekolah selepas menyedari mangsa tidak pulang ke rumah walaupun kelas tambahan sudah berakhir.

Difahamkan, mangsa tinggal dengan nenek berikutan ibunya sudah lama meninggal dunia akibat kanser, manakala bapa bekerja di Kuala Lumpur.

Ketika ditemui, terdapat kesan darah kering pada badan mangsa, selain lebam seolah-olah dipukul.

Selain itu, pasu pecah turut dijumpai berdekatan mangsa.

Sumber: Berita Harian

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement