Skip to main content

Selebriti

Israel Cuba 'Suap' Pengurus Untuk Intip Lokasi, Ardell Aryana Tak Gentar! - "Saya Tak Kisah Dengan Ugutan Itu..."

Ardell Live Tiktok

Setelah sekian lama tiada perkembangan mengenai perjalanan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla, akhirnya pelakon, Ardell Aryana tampil berkongsi keadaan terkininya.

Menerusi perkongsian di TikTok Live, tangan Ardell dilihat masih dibalut akibat kecederaannya ketika berdepan tentera zionis Israel sambil mengenakan telekungnya berwarna merah jambu.

Advertisement

Dalam live tersebut, Ardel mendedahkan dirinya menerima ugutan keras dari Israel sehingga ada yang sanggup bertindak mengupah pengurusnya sebanyak RM5,000 untuk mendedahkan lokasi sebenar dirinya.

"Dia dah tak beri sebarang kesan pada diri saya sebab saya masih ada beberapa ujian yang saya sedang lalui. Saya tak kisah orang nak komen dan ugut. Ada sampai orang hubungi pengurus saya semata-mata ingin tahu lokasi saya dengan cara memaksa," katanya.

Bagaimanapun, Ardell berkata bahawa dia tidak gentar dengan ugutan tersebut namun membuatkannya terfikir mengenai nilai sebenar upah yang diterima individu berkenaan sehingga sanggup cuba mencari data peribadinya.

"Saya tidak kisah dan takut pun dengan ugutan itu. Cuma saya terfikir berapa banyak mereka upah orang seperti itu sehingga sanggup mencari lokasi saya padahal saya amat senang dijumpai dimana-mana," ujarnya.

Sebelum ini, media melaporkan Ardell dimasukkan ke sebuah hospital di Istanbul, Turkiye bagi menerima rawatan susulan mengalami tekanan darah rendah dan kecederaan sewaktu dalam tahanan tentera Israel.

Difahamkan pelakon itu menerima layanan kejam termasuk ditarik rambut dengan kasar, selain ditumbuk di bahagian muka oleh rejim zionis sehingga mengalami kecederaan ketika tentera Israel memintas kapal dinaiki sukarelawan berkenaan.

Dalam masa sama, suami Ardell iaitu Nadzmi Adhwa turut memaklumkan Ardell juga mengalami kecederaan lain di bahagian bahunya.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement