Skip to main content

Viral

Isteri Baru Lahirkan Anak Pertama, Suami Curang Dengan Ayah Mentua - "Saya Buka Baju, Dia Memuji Sambil Meraba"

SUAMI CURANG DENGAN BAPA MENTUA

Kisah rumah tangga seorang lelaki Malaysia telah mencuri perhatian ramai apabila perkongsian luahannya telah tular di media sosial, baru-baru ini

Menerusi perkongsian di laman Facebook, lelaki yang tidak dikenali itu akui telah berlaku curang terhadap isterinya yang ketika itu sedang berpantang di rumah keluarga.

Advertisement

Namun yang lebih mengejutkan, individu yang didakwa menjadi ‘orang ketiga’ adalah bapa mentuanya sendiri.

Katanya, kejadian bermula ketika dia membantu bapa mentua membersihkan rumah untuk disewakan. Situasi itu kemudian berubah menjadi sesuatu yang tidak dijangka sehingga membawa kepada hubungan terlarang.

“Selepas saya siap membersihkan rumah, saya buka baju sebab cuaca panas dan dia memuji saya sambal meraba saya dan terjadilah perkara itu.

"Saya cuba mengelak namun memikirkan 5 bulan bil air telah tertangguh, maka saya teruskan sahaja," tulisnya.

Lelaki berkenaan turut mendakwa perkara tersebut sudah berulang sebanyak tiga kali selepas diyakinkan oleh bapa mentua kononnya ia adalah perkara biasa.

“Saya sempat bertanya sama ada perkara itu normal atau tidak, namun dia menasihati saya supaya tidak berasa serba salah dan menganggap ia sebagai sesuatu yang biasa," ujarnya.

Meskipun mengakui dihantui rasa bersalah, dia juga berdepan dilema kerana bimbang dilabel sebagai sebahagian daripada komuniti LGBTQ.

"Untuk makluman ayah mentua saya kuat solat, entahlah saya takut dicop LGBT," tambahnya.

Dalam masa sama, dia mengakui pernah menikmati perbuatan itu sebelum membuat perkongsian tersebut dengan harapan dapat mencari jalan keluar daripada situasi yang berulang.

Perkongsian tersebut telah mencetuskan pelbagai reaksi serta perdebatan dalam kalangan warganet. Rata-rata netizen sukar mempercayai kisah itu benar-benar berlaku, malah ada yang menganggap ia sekadar rekaan semata-mata.

"Normal ke hubungan macam ni? Bro ada hak nak bertanya macam itu.

"Saya memilih untuk tidak mempercayai cerita ini. Ini seperti rekaan.

"Lagi banyak baca lagi teruk jadinya.

"Hilang sel otak aku lepas baca ni.

"Selepas baca, Aku keluar dan mengamuk sambil membawa penyapu lidi," komen netizen.

Must-Watch Video

Advertisement