Suami kepada pempengaruh dari Indonesia, Jule iaitu Na Daehoon akhirnya tampil membuka mulut mengenai dakwaan isterinya yang telah berlaku curang ke atasnya baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di laman Instagram Story, pempengaruh berasal dari Korea Selatan itu memohon maaf kepada orang ramai kerana telah menimbulkan rasa kurang senang ramai dengan masalah rumah tangganya bersama Jule.
Advertisement
"Terima kasih atas kebimbangan dan sokongan. Saya rasa sangat bersyukur dikelilingi orang yang baik baik seperti kalian.
"Saya minta maaf jika masalah peri badi saya membuatkan ramai yang bersedih dan risau," tulisnya.
Daehoon turut berkata bahawa dia akan terus kuat dan sentiasa dalam keadaan baik asalkan ada anak-anak yang menemaninya di sisi.
"Alhamdulillah saya baik-baik sahaja. Selagi ada tiga malaikat kecil yang menemani saya, saya boleh hadapi apa jua rintangan," katanya.
Dalam masa sama, dia mengharapkan agar orang ramai membantunya untuk tidak mendedahkan masalah peribadinya pada anak-anaknya dan memerlukan waktu serta ruang untuk kembali tersenyum di media sosial.
"Setiap kata dan sokongan dari kalian sangat memberi semangat pada saya tetapi saya mohon untuk jagakan anak saya dari ketahui dari perkara yang terjadi.
"Sejak saya jadi pempengaruh, saya nekad untuk berkongsi perkara yang positif sahaja. Jadi, saya akan mengambil sedikit masa untuk menenangkan diri dan akan kembali tersenyum seperti biasa," ujarnya.
Sebelum ini, Jule menjadi bualan hangat netizen di media sosial selepas didakwa berlaku curang meskipun masih berstatus isteri orang.
Sekadar rekod, Jule dan Daehoon mendirikan rumah tangga pada 31 Julai 2021 selepas sembilan bulan menjalinkan hubungan serius.
Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata.