Skip to main content

Selebriti

Isteri Haqiem Stopa Kongsi Foto Bersama Peguam Di Mahkamah, Netizen Speku Ada Kaitan Dengan Rumah Tangga

Haqiem jane

Sekilas

  • Isteri pempengaruh Haqiem Stopa, Aireena Sofia, memuat naik gambar bersama peguam di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, menimbulkan spekulasi perceraian.
  • Aireena menulis "Inshallah, Allah permudahkan" dan menerima doa daripada netizen untuk urusan rumah tangganya.
  • Kisah rumah tangga mereka menjadi perhatian selepas Aireena dakwa Haqiem curang dengan gadis 18 tahun, manakala Haqiem masih belum beri sebarang kenyataan.

Isteri kepada pempengaruh, Haqiem Stopa iaitu Aireena Sofia sekali lagi menarik perhatian ramai apabila dia memuat naik sebuah foto di media sosial pada isnin.

Menerusi perkongsian di Threads, Aireena atau dikenali sebagai Jane berkongsi gambar bersama seorang peguam di hadapan Mahkamah rendah syariah gombak barat, sekali gus mencetuskan spekulasi netizen bahawa pasangan tersebut sedang berdepan ambang perceraian.

"Inshallah, Allah permudahkan," tulisnya ringkas.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar urusan rumah tangga Aireen dipermudahkan.

Terdahulu, kemelut rumah tangga pempengaruh Haqiem Stopa dan isterinya, Jane, atau nama sebenarnya, Aireena Sofia Zakaria menjadi perhatian sejak beberapa minggu lalu.

Ia mula menjadi perbualan hangat netizen apabila isteri Haqiem, Jane mendakwa suaminya berlaku curang dengan gadis berusia 18 tahun.

Sehingga kini, Haqiem memilih untuk mengunci mulut mengenai dakwaan isterinya dan enggan mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai rumah tangganya.

Sebelum ini, Aireena juga mendedahkan dia menyimpan perasaan sejak ditinggalkan oleh suaminya dalam tempoh berpantang selepas melahirkan anak sulung mereka iaitu Hud pada 19 Ogos lalu.

Must-Watch Video

Advertisement