Sekilas
- Seorang lelaki di Desa Kunir Lor, Jawa Timur, mengalami kecederaan parah selepas zakarnya dipotong oleh isteri sendiri ketika sedang tidur.
- Isteri, dikenali sebagai AY, bertindak demikian kerana cemburu dan dakwaan suaminya curang serta mengancam untuk menceraikannya.
- AY melarikan diri selepas kejadian tetapi kemudian ditahan pihak berkuasa, manakala mangsa dikejarkan ke hospital untuk rawatan.
Seorang lelaki mengalami cedera parah selepas zakarnya dipotong sewaktu sedang tidur. Insiden tersebut berlaku di sebuah desa di Desa Kunir Lor, Kecamatan Kunir, Kabupaten Lumajang, Jawa Timur, Indonesia.
Menerusi laporan Detik, seorang isteri yang dikenali sebagai AY nekad memotong kemaluan suaminya, FA yang sedang tertidur lelap kerana cemburu.
AY juga didakwa cemburu kerana suaminya dikatakan curang selain diancam untuk diceraikan lelaki tersebut.
“Suspek sengaja memotong kemaluan suaminya kerana cemburu suaminya curang dengan wanita lain dan mengancam akan menceraikannya," ujar pihak berkuasa.
Selepas memotong kemaluan suaminya, AY telah melarikan diri sebelum FA dilarikan ke hospital untuk mendapatkan rawatan kerana mengalami kecederaan parah.
Menurut laporan sama, suspek yang kini ditahan pihak berkuasa telah mengambil celurit di belakang rumah sebelum memotong zakar suaminya yang nyenyak tidur kerana terlalu cemburu.