Skip to main content

Selebriti

Isu Mendidik Anak, Zila Bakarin Sokong Cara Bapa Bertegas - "Kita Dulu Lagi Teruk"

Isu Mendidik Anak, Zila Bakarin Sokong Cara Bapa Bertegas - "Kita Dulu Lagi Teruk"

Sekilas

  • Zila Bakarin beri pandangan tentang pentingnya ketegasan suami dalam mendidik anak supaya mereka belajar bertanggungjawab dan tidak menipu.
  • Beliau jelaskan bahawa suami sebenarnya tidak sampai hati bertindak tegas, tapi perlu memainkan peranan sebagai ayah dalam mendidik anak.
  • Zila nasihatkan ibu supaya berbincang dengan anak tentang sebab tindakan ayah supaya anak tidak membenci bapanya.
Advertisement

Bintang Kilauan Emas Selebriti, Zila Bakarin mencuri perhatian selepas meninggalkan komen pada hantaran seorang netizen di Threads mengenai isu didikan anak dan ketegasan suami.

Menerusi hantaran tersebut, netizen berkenaan berkongsi mengenai perbezaan cara dia dan suaminya dalam mendidik anak, apabila suaminya dikatakan lebih tegas manakala dirinya pula terlalu lembut.

Advertisement

Mengulas mengenai perkara itu, Zila bersetuju dengan pendekatan tegas yang digunakan suami wanita tersebut dan  menyifatkan ia sebagai salah satu cara untuk mengajar anak supaya tidak menipu dan belajar bertanggungjawab.

Menurut Zila, suami sebenarnya tidak sampai hati untuk bertindak tegas, namun perlu memainkan peranan sebagai seorang ayah dalam mendidik anak.

“Betul tu. Kita dulu lagi teruk. Dia nak ajar anak supaya jangan menipu dan bertanggungjawab. Mungkin agak kasar. Tapi itu cara dia mengajar.

“Percayalah suami awak pun tak sampai hati. Tapi dia kena tunjuk ketegasan dia,” tulisnya.

Dalam pada itu, Zila turut menasihati wanita berkenaan supaya menjelaskan kepada anaknya sebab di sebalik tindakan bapanya agar tidak timbul rasa benci terhadap ayah sendiri.

“Nanti awak duduk dan cakap baik-baik pada anak itu. Kenapa papa dia buat macam itu. Nasihat baik-baik. Supaya dia tak bencikan papa dia,” ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement