Skip to main content

Selebriti

Isu Pelajar Hilang, Rita Rudaini Mohon Jangan Salahkan Sebelah Pihak Semata-Mata - “Ini Bukan Saja-Saja Cakap..."

Isu Pelajar Hilang, Rita Rudaini Mohon Jangan Salahkan Sebelah Pihak Semata-Mata - “Ini Bukan Saja-Saja Cakap..."

Sekilas

  • Rita Rudaini menegaskan pelajar MRSM perlu ditemani guru pengiring sepanjang urusan sekolah, termasuk ketika ke klinik.
  • Rita kritik pihak sekolah yang tidak menyediakan pengawasan guru, menyebabkan pelajar ditinggalkan tanpa bimbingan.
  • Beliau juga menyeru supaya kes kehilangan pelajar disiasat berdasarkan tanggungjawab penjaga sama ada guru atau ibu bapa.
Advertisement

Pelakon, Rita Rudaini tampil mengulas mengenai isu kehilangan dua orang pelajar yang tular, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Threads, Rita menegaskan bahawa pelajar sepatutnya ditemani guru pengiring sepanjang urusan yang melibatkan sekolah termasuklah pergi ke klinik.

Advertisement

Menurutnya, banyak kes berkaitan pelajar yang ditinggalkan sendirian selepas dihantar oleh sebuah van ke klinik tanpa sebarang pengawasan atau bimbingan guru.

“Bila hantar ke klinik, tolong ada guru pengiring. Ada yang van hantar sahaja budak dan tingalkan mereka,”tulisnya.

Katanya lagi, perkara tersebut adalah tanggungjawab pihak sekolah dan tidak sepatutnya menyalahkan satu pihak sahaja terutama jika wujud kes pelajar ponteng sekolah (fly).

“Mereka di bawah tanggungan maktab selagi mereka berada di sekolah. Bila dapat tangkap, nanti salahkan budak fly’. Kenapa tak salahkan pihak lagi satu yang tak jalankan tanggungjawab yang diberikan? Tiada guru pengiring itu salah. 

“Ini bukan saja-saja cakap. Siapa ada pengalaman sama, sila ke hadapan. Ini adalah untuk keselamatan anak-anak kita. Bila tegur, nanti kena target. Payah macam ini. Semoga anak-anak kita dilindungi Allah,”ujarnya.

Dalam masa sama, Rita turut berkata bahawa kesalahan kehilangan pelajar perlu diteliti dahulu sama ada ia di bawah penjagaan guru ataupun ibu bapa.

“Kena lihat hilang dibawah jagaan dan tanggungjawab siapa. Kalau kes di rumah, ibu bapa yang tinggal anak-anak tanpa jagaan, kalau kena report, ibu bapa itu yang akan disabitkan kesalahan, kecuaian dan pengabaian,”katanya lagi.

Perkongsian tersebut turut meraih perhatian ramai terutama dalam kalangan ibu bapa yang turut menyokong kenyataan Rita.


Ada juga yang menasihati agar pihak sekolah menyemak semula Prosedur Operasi Standard (SOP) pelepasan pelajar ke klinik agar kejadian yang sama tidak berulang lagi.



Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement