Skip to main content

Selebriti

Isu Royalti Tertunggak, Tuju Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap K-Clique? - “Macam Mana Pun Perangai Buruk, Jangan Ambil Hak Orang”

Isu Royalti Tertunggak, Tuju Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap K-Clique? - “Macam Mana Pun Perangai Buruk, Jangan Ambil Hak Orang”

Sekilas

  • Bekas anggota K-Clique, Tuju, dikatakan bakal ambil tindakan undang-undang kerana royalti tertunggak lebih empat tahun.
  • Tuju sudah cuba hubungi ahli kumpulan lain tapi tiada maklum balas, dan dia sedia terima pembahagian royalti sama rata walaupun sumbangannya lebih besar.
  • Dia menegaskan pentingnya menghormati hak dan hasil titik peluh setiap individu dalam kumpulan tersebut.
Advertisement

Bekas anggota kumpulan K-Clique, Tuju dipercayai bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap kumpulan berkenaan susulan isu royalti yang didakwa tertunggak lebih empat tahun.

Tuju atau nama sebenarnya Mohd Azree Shah Awang Azree berkata, dia sudah cuba menghubungi semua anggota kumpulan berkenaan, namun masih belum menerima sebarang maklum balas.

Advertisement

“4 Tahun lebih royalti tertangguh. Kekalkan nama TUJU di dalam kontrak untuk dapatkan duit advance dengan penerbit. 

“Sudah DM kesemua ahli. Namun tiada balas hingga sekarang. Aduan ada di sini. 

“Aku tidak sempurna, tapi tentang hak. Titik Peluh aku. Aku kena bersuara, sudah 4 tahun lebih. LOD dalam perjalanan. Saya beri awak semua peluang untuk selesaikan hak aku,”tulisnya.

Advertisement

Dalam hantaran lain, Tuju turut berkata dia bersetuju jika menerima pembahagian royalti yang sama rata meskipun dia lebih banyak menyumbang dalam setiap projek.

Dia turut mengingatkan agar tidak mengambil atau mengabaikan hak orang lain terutama melibatkan hasil titik peluh seseorang.

“Aku setuju, dengan pembahagian royalti sama rata, walaupun fakta nya aku menulis dan kompos lebih dalam setiap projek. 

“Aku mengambil masa lebih kerana aku cinta seni dan percaya yang kamu orang yang Adil dan matang. Jadi sekali lagi, mimpi sudah tamat, Marilah cermin diri bersama.

“Macam mana buruk pun perangai kita, tapi jangan la kita mengambil hak orang atau tidak membayar hak orang, titik peluh orang, ini sudah fasa umur semua 30 tahun lebih,” ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

Nike Paris Saint-Germain Bucket Hat

Nike Paris Saint-Germain Bucket Hat

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

Must Watch Video

Advertisement