Sekilas
- Datuk A.Aida berkongsi momen bersama anaknya, Azeva, di sebuah kafe yang bermula dengan niat menegur kerana asyik bermain telefon.
- Dia terkejut apabila menerima notifikasi wang masuk ke akaunnya daripada Azeva tanpa diminta atau mengambil duit anaknya.
- Aida menegaskan semua pendapatan Azeva dimasukkan terus ke akaun anaknya dan tidak pernah diambil, walaupun dia tidak menolak jika anak beri wang kepadanya.
Penerbit, Datuk A.Aida berkongsi momen bersama anaknya, Azeva ketika meluangkan masa di sebuah kafe.
Menerusi perkongsian di Threads, Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 56, berkata dia pada awalnya mahu menegur Azeva yang ralit bermain telefon sebelum tiba-tiba menerima notifikasi mengenai sejumlah wang yang dimasukkan ke dalam akaun miliknya daripada Azeva.
“Baru nak marah Azeva sebab asyik dengan telefon sahaja. Tiba-tiba ada bunyi notifikasi duit masuk dalam akaun mak,” tulisnya.
Menurut Aida, dia tidak pernah meminta atau mengambil duit anaknya kerana segala hasil pendapatan Azeva akan dimasukkan terus ke akaun anaknya.
Baginya, wang tersebut adalah hak Azeva dan bukan miliknya.
“Mak tak pernah ambil dan minta duit anak. Semua duit masuk akaun dia terus. Itu duit anak bukan duit mak tetapi kalau anak bagi, mak tak tolak sebab takut terasa hati pula,” ujarnya.
Perkongsian itu turut mendapat perhatian Azeva yang sempat berseloroh di ruangan komen bahawa duit ibunya juga merupakan duitnya.
“Tapi duit mak duit anak juga kan,” komennya.