Skip to main content

Selebriti

Izara Aishah Titip Doa Buat Ustaz Wadi Annuar - "Lindungilah Beliau..."

Izara Aishah Titip Doa Buat Ustaz Wadi Annuar - "Lindungilah Beliau..."

Sekilas

  • Pelakon Izara Aishah berdoa agar Ustaz Wadi Annuar sembuh dan dilindungi selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Gerik, Perak.
  • Izara berkongsi foto bersama Ustaz Wadi dan suaminya, Muhammad Adib Khalid, serta menyifatkan Ustaz Wadi sebagai figura yang disayangi ramai.
  • Kemalangan berlaku sekitar pukul 2 pagi melibatkan kenderaan Toyota Vellfire yang dinaiki Ustaz Wadi dan sebuah kenderaan lain.
Advertisement

Pelakon, Izara Aishah menitipkan doa buat pendakwah bebas, Ustaz Wadi Annuar yang dilaporkan terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya pada Jumaat.

Menerusi perkongsian di Threads, Izara atau nama penuhnya Izara Aishah Hisham berdoa agar segala kesakitan dan penyakit yang dialami Ustaz Wadi diangkat dan diberikan kesembuhan, selain dilindungi dari segala kecelakaan ataupun musibah.

Advertisement

“Ya Allah, Engkaulah Maha Penyembuh, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Kami memohon kepada-Mu, sembuhkanlah Ustaz Wadi, hilangkanlah segala kesakitan dan penyakit yang dialaminya, kurniakanlah kesihatan yang baik kepadanya, serta lindungilah beliau daripada segala kemudaratan,”doanya.

Dalam hantaran sama, Izara turut memuat naik beberapa foto bersama Ustaz Wadi dan suaminya, Muhammad Adib Khalid sambil berkongsi kapsyen ringkas mengenai figura hebat itu.

“Ustaz kesayangan ramai termasuklah kami berdua,”ujarnya.

Advertisement

Pada awal pagi Jumaat, Ustaz Wadi bersama beberapa orang kakitangannya terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya di kawasan Air Banun, Tasik Banding, Gerik, Perak.

Kemalangan dipercayai berlaku sekitar pukul 2 pagi itu membabitkan kenderaan Toyota Vellfire dinaiki Wadi dengan sebuah lagi kenderaan.

Anda mungkin berminat dengan

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

Must Watch Video

Advertisement