,
berita

Jadi Rebutan Setiap Atlet, Namun Siapa Pereka Pingat Sukan Sea KL2017?

Amri Hassan
29/08/2017
04:04 MYT
Malam ini bakal menjadi penentuan rebutan ibu segala pingat menerusi perlawaan akhir bola sepak antara skuad Malaysia menentang Thailand.
Bercerita tentang pingat, item yang sering menjadi buruan atlet dalam setiap temasya sukan itu menyimpan rahsia tersendiri.
Pernahkah anda terfikir siapakah yang mereka pingat untuk Sukan Sea KL2017?
Faktanya, pingat-pingat itu dihasilkan menerusi kerjasama antara Kementerian Belia dan Sukan dan pakar pembutan barangan logam, Royal Selangor.
Jadi, Royal Selangor menjadi Rakan Pingat Rasmi untuk KL2017!
Kami kongsikan info menarik tentang pingat rasmi Sukan Sea KL2017:
1) Royal Selangor telah mereka bentuk pelbagai trofi dan pingat untuk pelbagai kejohanan besar antaranya F1 Malaysia, LPGA Malaysia, Sukan Komanwel 1998 dan Sukan Sea 2001.
2) Pingat-pingat Sukan Sea 2017 direka menggunakan bahan timah dan kayu kempas.
3) Rekaan pingat itu menjadi tanggungjawab sepenuh nya Royal Selangor demi memastikan kualiti terbaik.
4) Pingat yang direka pula mempunyai permukaan melengkung yang disaluti badan kayu manakala bahagian tepi pingat diperbuat daripada pewter yang disadur emas atau tembaga mengikut warna pingat.
5) Bahagian kayu pula diawet dengan minyak bagi mengekalkan warna asal dan menjaga kualiti kayu.
6) Setiap pingat mempunyai diameter 80mm x 11mm dengan berat setiap satunya 140 gram.
7) Royal Selangor juga mereka obor rasmi dan replika baton KL2017.
8) Obor berbentuk segitiga yang direka melambangkan kekuatan dan perpaduan.
Menariknya, anda tidak perlu menjadi atlet untuk memiliki pingat KL2017 kerana Royal Selangor mengeluarkan pingat peringatan sebagai kenang-kenangan. Begitu juga replika obor.
Untuk perkembangan dan informasi mengenai GempakXSeaGames, layari www.gempak.com/seagames2017 atau ikuti laman Facebook Astro Gempak dan Instagram @astrogempak.
Olahan oleh: Amri Hassan Sumber: my.royalselangor.com, Iluminasi Kredit foto: Pamper, The Star, Royal Selangor
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Malaysia Tuan Rumah Sukan SEA 2027!

gempak
28/08/2024
15:50 MYT
Selepas kali terakhir menganjurkan Sukan SEA pada 2017, Malaysia kembali menjadi tuan rumah untuk penganjuran temasya sukan terbesar Asia Tenggara itu bagi edisi 2027.
Laman Utama

"Kalau Saya Sakit Bahu, Anak Saya Sakit Kanser" - Pesilat Negara Sebak, Netizen Titip Kata-Kata Semangat!

gempak
16/05/2022
07:50 MYT
Tetap emas di mata kami!
Sukan

"Jangan Cakap Akak Tak Payung" - Aksi Wartawan Astro Arena Ini Buat Netizen Terhibur

gempak
03/12/2019
15:17 MYT
Sukan

Selepas Safawi Rasid, Wan Kuzain Juga Tidak Tersenarai Ke Sukan SEA

gempak
22/11/2019
15:02 MYT
berita

Gempak Star Of The Week: Niena Azman Penjaga Gol Futsal Wanita Paling Cantik!

gempak
07/09/2017
10:59 MYT