Isteri kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Nur Shahidah meluahkan rasa syukur apabila berjaya menunaikan tanggungjawab membayar zakat bagi separuh tahun pertama 2025.
Menerusi perkongsian di TikTok, Shahida menyifatkan ia sebagai impian yang akhirnya menjadi kenyataan.
Advertisement
"Syukur alhamdulillah tercapai impian mama papa menunaikan zakat pendapatan untuk separuh tahun 2025 Januari sehingga Jun kepada Lembaga Zakat Selangor," tulisnya
Bagaimanapun, Shahida tidak dapat menghadirkan diri ke Majlis Hi-Tea bersama pengeluar zakat atas urusan peribadi. Sebagai ganti, anak sulungnya, Ammar Ahyan tampil mewakili mereka.
"Malangnya mama papa tidak dapat hadir atas urusan lain. Jadi, kami mewakilkan Ammar Ahyan untuk ke majlis hari ini," ujarnya.
Shahida pada masa sama kagum melihat anaknya itu yang kelihatan matang ketika berdepan dengan tetamu serta protokol majlis.
"Dah pesan awal-awal dah protokol untuk majlis, takut dia kekok. Alhamdulillah, awak nampak matang sangat Ammar," kata Shahida.
Dalam pada itu, Shahida berharap agar sumbangan zakat mereka kali ini dapat memberi manfaat kepada golongan Asnaf di Selangor.
Sekadar info, Aliff Syukri sebelum ini pernah tersenarai sebagai antara penyumbang zakat perniagaan tertinggi kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) bersama Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza.