Skip to main content

Berita

Jalan Bukit Bintang Ditutup Tengah Malam Ini Sempena Program Quranic Madani

51686901890 bukitbintang

Sekilas

  • Jalan Bukit Bintang akan ditutup dari 12 tengah malam hingga 5 pagi esok bagi program Quranic Madani Night Reset di hadapan Pavilion Kuala Lumpur.
  • Penutupan dan lencongan jalan akan dibuat secara berperingkat untuk memastikan kelancaran dan keselamatan sepanjang acara berlangsung dari 8.30 malam hingga 11 malam ini.
  • Orang ramai dinasihatkan menggunakan pengangkutan awam dan mematuhi arahan polis trafik serta merancang perjalanan awal untuk mengelakkan kesesakan.

Jalan Bukit Bintang akan ditutup bermula 12 tengah malam ini hingga 5 pagi esok bersempena program Quranic Madani Night Reset: Bersatu Dalam Saf @ Bukit Bintang yang diadakan di hadapan Pavilion Kuala Lumpur.  

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata program tersebut dijadual berlangsung bermula 8.30 malam hingga 11.00 malam ini.  

"Bagi memastikan kelancaran program dan keselamatan pengguna jalan raya, beberapa penutupan serta lencongan jalan akan dilaksanakan berperingkat mengikut keperluan semasa sepanjang acara berlangsung," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata jalan berkenaan akan dibuka semula berperingkat selepas tamat program itu, tertakluk kepada keadaan lalu lintas dan situasi semasa di lokasi.  

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar mengelakkan laluan terlibat dan merancang perjalanan lebih awal dengan menggunakan laluan alternatif yang bersesuaian,” katanya.  

Mohd Zamzuri berkata pengguna jalan raya juga digalakkan menggunakan pengangkutan awam seperti LRT, MRT, Monorel atau perkhidmatan e-panggilan bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di pusat bandar.  

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya mematuhi arahan anggota polis trafik yang bertugas di lokasi dan mengamalkan sikap pemanduan berhemah serta bersabar sepanjang tempoh penutupan jalan dilaksanakan.  

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan program dan laluan yang terlibat, boleh hubungi Balai Polis Trafik Tun H. S. Lee di talian 03-20719999 atau mana-mana balai polis berhampiran.  

Sumber: Astro AWANI menerusi BERNAMA

Anda mungkin berminat dengan

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

Advertisement