Pempengaruh media sosial, Aireena Sofia sekali lagi menarik perhatian netizen apabila memuat kenyataan di media sosialnya, baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di Threads, Aireena berkongsi pesanan agar tidak terlalu bangga jika disukai ramai kerana menurutnya barang yang murah sentiasa paling laku.
"Jangan bangga bila orang nak kau, barang murah ramai pembeli," katanya ringkas.
Terdahulu, Aireena mendakwa suaminya, Haqiem berlaku curang termasuk mendedahkan hubungan suaminya dengan seorang gadis berusia 18 tahun.
Dalam siaran langsung di TikTok, Aireena turut menangis menceritakan apa yang berlaku sejak dia dalam tempoh berpantang.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Oktober tahun lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Hud, yang kini berusia tiga bulan.
Sumber: Threads